Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi SAR di Kabong ditamatkan, Aiman masih belum ditemui
  • Tengah
  • WILAYAH

Operasi SAR di Kabong ditamatkan, Aiman masih belum ditemui

Utusan Sarawak 2 days ago
TURUT berada di jeti Kabong petang tadi iaitu ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir dan isteri, Datin Meryani Yassin. Foto: PGO Bomba Sarawak

KABONG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang hilang di perairan Kabong sejak 3 September lalu, ditamatkan sepenuhnya pada 5.00 petang tadi selepas tujuh hari pencarian tanpa sebarang petunjuk baharu.

Mangsa, Muhammad Aiman Tuah, 24 tahun, dilaporkan hilang bersama bapanya, Tuah Bujang, 57 tahun, ketika keluar menangkap ikan di Laut Kabong pada 3 September lalu. Jasad bapanya ditemui pada hari ketiga operasi, manakala Aiman masih gagal dikesan sehingga ke hari ini.

Menurut Pegawai Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC), Leftenan Madya Maritim, Muhamad Afiq Abdul Rahman, keputusan menamatkan operasi dibuat selepas perbincangan bersama semua agensi penyelamat yang terlibat.

“Selepas tujuh hari pencarian darat, laut dan udara dijalankan merangkumi radius puluhan batu nautika persegi, tiada sebarang penemuan baharu direkodkan.

“Dengan itu, operasi SAR ditamatkan mengikut prosedur operasi piawai,” jelasnya.

Sepanjang operasi, pelbagai agensi terlibat termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kabong serta penduduk kampung.

Lebih 90 anggota penyelamat dan 38 penduduk kampung dengan 12 perahu digerakkan bagi menyertai usaha pencarian.

Pencarian dibahagikan kepada beberapa sektor dengan keluasan meliputi lebih 50 batu nautika persegi, melibatkan pencarian laut terbuka, pesisir pantai Tanjung Kembang dan Pantai Alit Kabong.

Walaupun cuaca baik sepanjang hari-hari terakhir operasi, hasil pencarian tetap tidak membuahkan hasil.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan menyatakan penghargaan kepada semua agensi dan masyarakat setempat atas kerjasama erat sepanjang misi SAR dijalankan.

“Kita telah berusaha sebaik mungkin sejak hari pertama, namun takdir menentukan segalanya. Semoga keluarga mangsa terus tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

Dengan penamatan operasi hari ini, sebarang penemuan selepas ini akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Turut berada di jeti Kabong petang tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir dan isteri, Datin Meryani Yassin.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Simulasi kecemasan Lapangan Terbang Sibu berjaya uji tindak balas agensi
Next: Suasana hiba selubungi Jeti Kabong, operasi SAR ditamatkan petang tadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.