Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak terokai teknologi blok rantai bina ekosistem digital kukuh
  • TEMPATAN

Sarawak terokai teknologi blok rantai bina ekosistem digital kukuh

Utusan Sarawak 2 days ago
PRESIDEN KBTA, James Gan dan Pengurus Besar SMA, Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng, bersama wakil-wakil dari UiTM, TEGAS, Business Events Sarawak dan SDEC, memegang plakad semasa sidang media bagi mengumumkan penganjuran sulung Persidangan Blockchain Borneo (BBC) 2025.

KUCHING: Sarawak sedang meneroka potensi teknologi blok rantai menerusi Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) untuk membangunkan ekosistem digital yang kukuh dengan kerjasama kerajaan, industri, ahli akademik dan agensi penguat kuasa.

Pengurus Besar SMA Datuk Dr Anderson Tiong Ing Heng berkata inisiatif itu bertujuan memastikan Sarawak tidak terlepas daripada trend teknologi global sambil mengurangkan risiko penipuan dengan menumpukan kepada faedah sebenar blok rantai.

“Keunikan blok rantai terletak pada sifatnya yang tidak berpusat, menjadikannya lebih telus, selamat dan sukar untuk dimanipulasi berbanding sistem berpusat tradisional.

“Di Sarawak, ia berpotensi digunakan termasuk bagi pensijilan universiti, pensijilan halal, pengurusan rekod kesihatan dan dokumen kerajaan,” katanya pada sidang media mengenai Persidangan Blok Rantai Borneo 2025 di sini, hari ini.

Beliau berkata pada peringkat global, negara seperti Singapura dan Korea telah pun mengguna pakai teknologi itu untuk pensijilan, identiti digital dan ‘tokenisation’ aset sebenar.

“Blok rantai kini melangkaui mata wang kripto. Ia menawarkan aplikasi praktikal yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua sektor kerajaan dan swasta,” tambahnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Teknologi Blok Rantai Kuching, James Gan berkata Persidangan Blok Rantai Borneo 2025, pada 9 dan 10 Oktober ini di Muzium Budaya Borneo, akan menampilkan dua sesi serentak berkaitan perbincangan dasar, aplikasi industri dan inovasi teknikal.

“Menerusi platform ini, matlamat kami adalah mudah, untuk meletakkan Kuching sebagai hab serantau bagi inovasi blok rantai. Tetapi sama pentingnya, kami mahu memupuk bakat Sarawak sendiri, belia, usahawan dan ahli akademik kami dan memberi mereka peluang untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam ekonomi digital global,” katanya.

Bertema “From Rainforest to Blockchain: Building a Greener, Smarter Borneo” persidangan itu dijangka menarik penyertaan lebih 300 delegasi selain 14 penceramah daripada Malaysia, Singapura, Thailand, Jerman dan United Kingdom.- Bernama

Continue Reading

Previous: Model jual-dulu-bina-kemudian kekal pilihan terbaik untuk Sarawak – Dato Sim
Next: Beberapa lokasi dijadikan penempatan khas buaya di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.