Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kerjasama serantau kunci tangani ancaman kesihatan rentas sempadan – Dr Sim
  • KESIHATAN

Kerjasama serantau kunci tangani ancaman kesihatan rentas sempadan – Dr Sim

Utusan Sarawak 15 hours ago
UNTUK KENANGAN….Dr Sim merakam kenangan bersama para peserta Sidang Kemuncak Kesihatan Borneo Pertama dan Persidangan Kesihatan Sarawak Ke-41 di Sibu, hari ini.

SIBU: Perkongsian serantau semakin penting dalam usaha menangani ancaman kesihatan rentas sempadan seperti rabies serta cabaran kesihatan awam lain di Borneo.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, isu kesihatan tidak boleh ditangani secara bersendirian, sebaliknya memerlukan kerjasama erat antara Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan bagi memastikan perlindungan kolektif serta penyelesaian mampan.

“Sebagai contoh, rabies bukan sekadar perlu dihapuskan di Sarawak, tetapi juga memerlukan strategi bagi menghalangnya daripada menular ke Brunei dan Sabah, yang mungkin mempunyai sumber veterinar terhad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sidang Kemuncak Kesihatan Borneo Pertama dan Persidangan Kesihatan Sarawak Ke-41 di sini, hari ini.

Dr Sim, yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menegaskan bahawa perkongsian kepakaran, penggabungan sumber dan kerjasama rentas sempadan amat penting untuk membantu Borneo menangani penyakit berjangkit dan tidak berjangkit dengan lebih berkesan.

“Kesihatan untuk semua bukan hanya tanggungjawab pengamal perubatan, tetapi juga pembuat dasar, pihak berkuasa tempatan, universiti, industri dan pakar veterinar. Kerjasama serantau memastikan tiada komuniti yang tercicir,” ujarnya.

Menurut beliau, Sarawak kini semakin diiktiraf sebagai pemain utama dalam landskap kesihatan Borneo menerusi pelbagai kemudahan, keupayaan penyelidikan klinikal serta dasar kesihatan yang menjadi rujukan rantau ini.

“Dengan kemudahan baharu seperti Pusat Kanser Sarawak, Pusat Penyakit Berjangkit dan pusat satelit kardiologi, Sarawak mampu memainkan peranan utama dalam memperkukuh kapasiti penjagaan kesihatan untuk seluruh pulau,” jelasnya.

Sidang kemuncak tersebut dianjurkan oleh Persatuan Pengamal Kesihatan Awam Sarawak dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Sarawak, menghimpunkan hampir 560 peserta berdaftar, termasuk 157 peserta dari luar Sarawak.

Oleh Akun Giman

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Sarawak perluas penubuhan Pusat Jantung Satelit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.