Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • IADA Batang Lupar komited perkasa industri padi di Sarawak
  • TEMPATAN

IADA Batang Lupar komited perkasa industri padi di Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
PENGARAH IADA Batang Lupar… Irene Lah. Foto: Ukas Sri Aman

SIMANGGANG: Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar komited memperkasa industri padi dan beras di Jelapang Padi Batang Lupar menerusi pembangunan infrastruktur, teknologi moden, latihan serta amalan ladang mampan.

Pengarah IADA Batang Lupar, Irene Lah berkata, usaha menaik taraf kemudahan pengairan dan saliran akan diteruskan secara berperingkat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), selaras matlamat meningkatkan tahap sara diri (SSR) beras negara.

“SSR beras negara tidak dapat dicapai tanpa kerjasama kerajaan, pesawah dan sektor swasta,” katanya semasa Majlis Hari Bersama Pelanggan IADA Batang Lupar 2025 di Sri Aman, hari ini.

Sehingga kini, kawasan bertanam padi di Batang Lupar meliputi 1,121 hektar dengan penglibatan 1,156 pesawah. Antara pencapaian direkodkan termasuk peningkatan hasil padi tahunan, penggunaan teknologi moden dan pelaksanaan program sokongan kepada pesawah.

Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang dilancarkan pada 2021 merupakan inisiatif strategik KPKM bersama sektor swasta, menyasarkan peningkatan SSR beras kepada 80 peratus menjelang 2030 tanpa menambah kos kepada kerajaan.

Setakat ini, dua syarikat peneraju iaitu BERNAS dan Advansia (Sarawak) Sdn. Bhd terlibat dalam pelaksanaan SMART SBB, dengan projek seluas 85 hektar di Tanjung Bijat mencatatkan hasil purata 5.5 tan sehektar.

Irene berkata, IADA Batang Lupar akan terus memainkan peranan sebagai pembimbing program dan pemudah cara antara kerajaan, sektor swasta dan pesawah, termasuk meneroka peluasan program kepada tanaman lain pada masa depan.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Turut hadir Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Martin Ben, Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor dan Pengerusi Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar 14 ribu hektar jelapang padi menjelang 2030
Next: More are falling prey to threats from loan sharks, says Michael Kong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.