Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tengah
  • Lebih 3,000 hadiri perasmian ‘Shrine of Mary Immaculate’ di Sibu
  • Tengah

Lebih 3,000 hadiri perasmian ‘Shrine of Mary Immaculate’ di Sibu

Utusan Sarawak 4 days ago
LEBIH 3,000 penganut Katolik dari Keuskupan Sibu hadir membanjiri Katedral Sacred Heart di sini semalam. Foto Diocese of Sibu

SIBU: Lebih 3,000 penganut Katolik dari Keuskupan Sibu hadir membanjiri Katedral Sacred Heart di sini semalam sempena majlis perasmian dan pemberkatan ‘Shrine of Mary Immaculate’.

Patung Perawan Maria yang berdiri setinggi 18 kaki itu dikatakan antara yang tertinggi di rantau ini dan bakal menjadi mercu tanda baharu kepada komuniti Katolik di bandar ini.

Uskup Sibu, Yang Mulia Joseph Hii, dalam homilinya berkata, tempat tersebut diharap menjadi tempat umat Katolik memperteguh iman serta mendekatkan diri kepada Tuhan.

“Melalui Maria kepada Yesus. Dialah yang dapat membawa kita kepada Yesus. Kita juga memohon Tuhan memberkati Katedral ini, dan semoga kita terus menggunakan pelbagai cara untuk membawa orang berjumpa dengan Tuhan,” katanya.

Majlis itu turut bertepatan dengan sambutan Kelahiran Perawan Maria yang Terberkati semalam. Joseph berkata, penamaan tempat itu sebagai ‘Shrine of Mary Immaculate’ adalah simbolik kepada kekuatan gerakan ‘Legion of Mary’ di Sibu yang dianggap antara paling aktif di Malaysia.

“Ketika ‘Legion of Mary’ ditubuhkan pada 7 September 1921 di Dublin, Ireland, para ahlinya berkhidmat melalui doa dan karya amal di bawah pimpinan Maria Yang Tak Bernoda. Gambaran Maria membuka tangan dengan kakinya menekan kepala ular sangat bermakna,” jelasnya.

Menurut beliau, tiga jambatan yang menghala ke tempat itu pula mengingatkan umat Katolik terhadap sejarah lama pembinaan gereja di kawasan yang kini dikenali sebagai Sibu Gateway.

“Sebelum wujud semua bangunan ini, generasi terdahulu hanya menggunakan papan kayu selebar empat kaki untuk ke gereja, sekolah dan biara. Sejarah ini penting untuk mengetahui siapa diri kita,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang dalam menjayakan pembinaan tempat berkenaan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 66 warga SK Sungai Petai sertai program keselamatan kebakaran
Next: Belia tonggak masa depan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.