Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bot Global Sumud Flotilla dilapor diserang dron di perairan Tunisia – Penganjur
  • GLOBAL

Bot Global Sumud Flotilla dilapor diserang dron di perairan Tunisia – Penganjur

Utusan Sarawak 2 days ago
PANDANGAN udara ini menunjukkan ahli Jawatankuasa Solidariti dengan Palestin semasa tindakan menyokong The Global Sumud Flotilla -delegasi dari 39 negara menuju ke Gaza dalam usaha untuk memecahkan kepungan haram Israel- di jeti Laguna de Chapala, di Chapala, negeri Jalisco, Mexico pada 7 September 2025 lepas. Foto AFP

WASHINGTON: Sebuah kapal utama Global Sumud Flotilla (GSF) yang dikenali sebagai “Family Boat” dilaporkan terkena serangan dipercayai dron di perairan Tunisia, kata penganjur lewat Isnin.

Anadolu Ajansi melaporkan bot yang belayar di bawah bendera Portugal itu membawa ahli Jawatankuasa Pemandu GSF termasuk aktivis Sweden Greta Thunberg dan Yasemin Acar, menurut kenyataan flotila di platform media sosial Instagram.

“Semua penumpang dan kru berada dalam keadaan selamat.

“Siasatan sedang dijalankan dan apabila maklumat lanjut diperoleh, ia akan diumumkan segera.

“Tindakan agresif yang bertujuan menakutkan serta menggagalkan misi kami tidak akan melemahkan semangat kami.

“Misi aman untuk memecahkan kepungan Gaza dan berdiri teguh bersama rakyatnya akan diteruskan dengan tekad,” menurut kenyataan itu.

“Sebuah dron berada betul-betul di atasnya, melepaskan bom yang kemudian meletup, menyebabkan bot terbakar,” kata Acar, anggota jawatankuasa pemandu itu dalam satu mesej video di Instagram.

SEBUAH kapal, yang merupakan sebahagian daripada Global Sumud Flotilla, tiba di Sidi Bou Said, dekat Tunis, Tunisia, 7 September 2025 lepas Flotilla, yang tiba dari Sepanyol, akan berlepas dari Tunis pada 10 September menuju Gaza sebagai sebahagian daripada usaha kemanusiaan antarabangsa. Melibatkan kumpulan dari 44 negara, inisiatif maritim itu bertujuan untuk mencabar sekatan Israel dan menyampaikan bantuan penting kepada rakyat Palestin.

Global Sumud Flotilla, dinamakan sempena perkataan Arab “sumud” yang bermaksud “ketabahan,” terdiri daripada kira-kira 20 kapal yang membawa penumpang dari pelbagai negara termasuk doktor, wartawan dan aktivis.

Seramai kira-kira 150 aktivis termasuk rakyat Malaysia, Tunisia, Turkiye serta peserta lain dari Eropah, Afrika dan Asia menyertai inisiatif itu.

Flotila itu berlayar dari Barcelona pada akhir Ogos bersama satu lagi kumpulan dari Genoa, Itali dan dijangka berlepas dari Tunisia menuju Gaza pada Rabu.

Inisiatif itu bertujuan mencabar sekatan Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan pada 22 Ogos bahawa kebuluran telah melanda utara Gaza dan memberi amaran ia boleh merebak selagi sekatan Israel berterusan.

Perang genosid Israel di Gaza memasuki hari ke-700 pada Jumaat lalu, dengan lebih 64,500 penduduk Palestin terkorban.

Kempen ketenteraan itu memusnahkan wilayah berkenaan yang kini berdepan kebuluran.– Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Ogos ketiga terpanas pernah direkodkan di dunia
Next: Perdana Menteri Nepal letak jawatan selepas protes ganas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.