Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Semangat patriotik disemarak di Sadong Jaya menerusi Kembara Merdeka
  • Selatan
  • WILAYAH

Semangat patriotik disemarak di Sadong Jaya menerusi Kembara Merdeka

Utusan Sarawak 1 month ago
JELASKAN…Rodiyah Sapiee ketika berucap pada Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Samarahan di SMK Sadong Jaya, hari ini.

SADONG JAYA: Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Samarahan di SMK Sadong Jaya hari ini disifatkan sebagai pengiktirafan terhadap semangat patriotik masyarakat setempat yang sentiasa mendukung aspirasi negara.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, berkata pemilihan sekolah tersebut sebagai lokasi pertama Fasa 4 program berkenaan membuktikan kesungguhan warga Sadong Jaya dalam memartabatkan semangat kebangsaan.

“Walaupun cuaca hujan, kehadiran konvoi hampir 40 orang membuktikan semangat cintakan tanah air tidak mudah luntur.

MESRA... Rodiyah Sapiee bergambar bersama pelajar SMK Sadong Jaya.

“Kembara Merdeka bukan sekadar simbolik, tetapi peringatan bahawa kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia membawa harapan besar untuk pembangunan rakyat,” katanya ketika merasmikan program itu.

Beliau turut mengingatkan pelajar agar menjiwai tarikh 16 September 1963 sebagai detik penting kemerdekaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia, sekali gus menyedari peranan mereka sebagai pewaris perjuangan bangsa.

Rodiyah berkata tema ‘Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni’ amat signifikan kerana mencerminkan komitmen kerajaan dalam membina masyarakat penyayang, inklusif dan berdaya tahan, selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030).

“Malaysia MADANI menekankan pemikiran progresif, integrasi sosial yang menghormati kepelbagaian budaya dan pembangunan ekonomi inklusif.

“Rakyat Disantuni bermakna tiada seorang pun dipinggirkan dalam pembangunan negara, seiring semangat MA63 yang menjamin hak Sarawak dalam Persekutuan Malaysia,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menasihati masyarakat menyahut kempen ‘1 Rumah 1 Jalur Gemilang’ bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

“Apabila setiap rumah dan kampung dihiasi Jalur Gemilang, ia bukan sahaja menghidupkan suasana kemerdekaan, malah mencerminkan kekuatan perpaduan masyarakat,” katanya sambil menegaskan Jalur Gemilang adalah simbol kemerdekaan, kedaulatan dan kesatuan.

Rodiyah turut mengingatkan generasi muda agar melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan nilai jati diri supaya mampu merebut peluang daripada pembangunan besar yang sedang berlangsung.

Beliau menutup ucapannya dengan menggesa rakyat terus menyalakan semangat patriotisme.

SELAMAT JALAN… Rodiyah Sapiee menyempurnakan upacara flag off Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Samarahan di SMK Sadong Jaya, hari ini.

“Jangan hanya bertanya apa yang negara beri kepada kita, tetapi tanyalah apa yang boleh kita sumbangkan kepada negara. Marilah kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga sebagai tanda kesetiaan kepada Sarawak, Malaysia dan masa depan anak-anak kita,” katanya.

Program hari ini menyaksikan penglibatan warga sekolah, jabatan dan agensi kerajaan, pemimpin masyarakat, ibu bapa serta pertubuhan belia dan persatuan bukan kerajaan (NGO) sebagai tanda kasih kepada tanah air.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sengkuap baharu rumah panjang bernilai RM80,000 siap dibina
Next: SAR hari kelima Aiman masih belum ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.