Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dato Wee kongsi kejayaan Kuching sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO
  • NASIONAL

Dato Wee kongsi kejayaan Kuching sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Wee Hong Seng hadir di Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur.

KOTA BHARU: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, berkongsi pengalaman Kuching sebagai bandar pertama di Malaysia yang diiktiraf sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO pada 2021 ketika menjadi panelis di Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur.

Dalam sesi bertajuk Jalan ke UNESCO – Kota Bharu sebagai Bandar Kreatif Gastronomi, beliau menekankan transformasi Kuching dalam mengangkat budaya, warisan dan gastronomi sebagai sebahagian daripada pembangunan bandar, pertumbuhan pelancongan serta strategi ekonomi kreatif.

“Pengiktirafan UNESCO bukan sekadar penghormatan antarabangsa, sebaliknya datang dengan tanggungjawab untuk memperkasa komuniti tempatan, memelihara resipi warisan, mengukuhkan rantaian bekalan makanan dan memastikan tiada pihak yang ketinggalan.

“Kuching telah melaksanakan pelan tindakan empat tahun yang melibatkan penjaja, belia, artisan dan penggiat pelancongan, selain menyepadukan penjenamaan gastronomi dalam kempen ‘Lawati Malaysia’ dan mengadakan pertukaran kulinari rentas sempadan. 

“Usaha ini menjadikan Kuching hab diplomasi budaya dan pelancongan lestari yang mampu menarik lebih sejuta pengunjung setiap tahun melalui festival makanan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Dato Wee turut menekankan penglibatan belia dalam strategi berkenaan, khususnya melalui latihan keusahawanan digital, keselamatan makanan dan dokumentasi resipi warisan agar masakan tradisional terus dipelihara. 

DATO Wee Hong Seng berkongsi pengalaman Kuching sebagai bandar pertama di Malaysia yang diiktiraf sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO pada 2021 ketika menjadi panelis di Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur.

Beliau menyifatkan pendekatan inklusif dan mapan itu sebagai model yang boleh dicontohi bandar lain termasuk Kota Bharu yang berhasrat menyertai Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO.

Mengakhiri perkongsiannya, beliau mengumumkan Kuching akan membida menjadi tuan rumah Persidangan Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO pada 2026.

Persidangan tersebut bakal menghimpunkan 63 bandar dari seluruh dunia, sekali gus mengangkat Malaysia sebagai peneraju diplomasi budaya, ekonomi kreatif dan pembangunan bandar mampan di peringkat antarabangsa.

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: RUU Perolehan Kerajaan 2025 perkukuh integriti, hormati autonomi Sarawak dan Sabah
Next: Kerajaan perketat kawalan keselamatan fasiliti LNG di Bintulu – MKN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.