Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Trassmerah A dari Kabong muncul juara Pertandingan Tarik Tali Karnival Beting Maro 2025
  • SUKAN

Trassmerah A dari Kabong muncul juara Pertandingan Tarik Tali Karnival Beting Maro 2025

Utusan Sarawak 3 days ago
PASUKAN Trassmerah A dari Kabong muncul juara Pertandingan Tarik Tali sempena penganjuran Karnival Beting Maro 2025 dekat sini semalam. Foto Kelab Tarik Tali Trassmerah Kabong

BELADIN: Aksi penuh sengit mewarnai Pertandingan Tarik Tali Karnival Beting Maro 2025 apabila pasukan Trassmerah A dari Kabong dan Triplehook Women dari Bintangor dinobatkan sebagai juara dalam kategori masing-masing, semalam.

Bagi Kategori Lelaki 720 kilogram (kg), Trassmerah A membuktikan kekuatan dan strategi mantap untuk membawa pulang hadiah RM3,000. 

Tempat kedua dimenangi pasukan Comand juga dari Kabong dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, manakala Sik Jerak dari Gerigat meraih tempat ketiga dengan hadiah RM1,000. 

Pasukan Firefly (Perpat) pula menamatkan saingan di tempat keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500.

PASUKAN Trassmerah A dari Kabong muncul juara Pertandingan Tarik Tali sempena penganjuran Karnival Beting Maro 2025 dekat sini semalam. Foto Kelab Tarik Tali Trassmerah Kabong

Bagi Kategori Wanita 680 kg, kehebatan Triplehook Women dari Bintangor tidak dapat ditandingi apabila mereka muncul juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000. 

Diikuti rapat oleh Mefa Tow dari Sibu yang bergelar naib juara dengan ganjaran RM700,  tempat ketiga menjadi milik Sik Jerak Girl dari Gerigat dengan hadiah RM500 manakala Beladin Girl (Beladin) di kedudukan keempat membawa pulang RM300.

PASUKAN Trassmerah A dari Kabong muncul juara Pertandingan Tarik Tali sempena penganjuran Karnival Beting Maro 2025 dekat sini semalam. Foto Kelab Tarik Tali Trassmerah Kabong

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor.

Razaili berkata pertandingan ini bukan sahaja menyerlahkan semangat kesukanan tetapi juga menjadi platform mempererat silaturahim antara pasukan dari seluruh daerah yang mengambil bahagian.

Sebanyak 16 pasukan dari sekitar Sarikei, Bintangor, Sibu, Gedong, Beladin, Kabong, Perpat serta kampung sekitar Bahagian Betong menyertai Kejohanan Tarik Tali sempena Karnival Beting Maro (KBM) 2025.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sepanyol belasah Turkiye 6-0, Merino ledak hatrik
Next: Wirtz bangkitkan semangat Jerman, tewaskan Ireland Utara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.