Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lebih 700 peserta sertai Karnival Sukan SABERKAS Zon Tengah 2025 di Sibu
  • SUKAN

Lebih 700 peserta sertai Karnival Sukan SABERKAS Zon Tengah 2025 di Sibu

Utusan Sarawak 3 days ago
DATUK Michael Tiang Ming Tee melepaskan Larian Santai SABERKAS di Taman SMI hari ini. Foto Tarani Lanting

SIBU: Lebih 700 peserta daripada 18 Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Zon Tengah serta 17 agensi kerajaan memeriahkan Karnival Sukan SABERKAS Zon Tengah 2025 yang berlangsung di Taman SMI hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, penganjuran program tersebut bukan sahaja memberi peluang untuk bertanding dalam bidang sukan, malah menjadi wadah untuk memperkukuh perpaduan dan persahabatan.

“Acara ini lebih daripada sekadar perlawanan, ia merupakan platform berkesan untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan sukarelawan dalam keluarga besar SABERKAS,” katanya ketika berucap merasmikan karnival itu.

Menurutnya, SABERKAS sejak dahulu lagi telah menjadi wadah penting dalam membentuk sahsiah dan kepimpinan belia, selain membangunkan minda serta jasmani mereka melalui pelbagai aktiviti.

DATUK Michael Tiang Ming Tee (tengah) semasa merasmikan Karnival Sukan SABERKAS Zon Tengah 2025 yang berlangsung di Taman SMI, hari ini. Foto Tarani Lanting

Beliau berkata, tenaga dan kreativiti golongan muda akan terus menjadi pemacu kepada pembangunan Sarawak sebagai negeri yang makmur dan sejahtera.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada lebih 80 sukarelawan, penaja, marsyal, pasukan perubatan dan pegawai teknikal yang menjayakan penganjuran karnival berkenaan.

“Saya ucapkan selamat bertanding kepada semua peserta, semoga anda bermain dengan semangat dan integriti serta beroleh pengalaman yang menyeronokkan sepanjang karnival ini,” katanya.

DATUK Michael Tiang Ming Tee (kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang di Taman SMI hari ini. Foto Tarani Lanting

Antara aktiviti yang diadakan termasuk larian santai, pertandingan pickleball, tarik tali, bola keranjang serta cabutan bertuah.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Awangku Hosin dinobat juara keseluruhan Mr Sarawak ke-59
Next: G-PDRM Cycling Team juara Perlumbaan Jalan Raya DBKU 3.0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.