Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • England berhempas pulas tundukkan Andorra
  • SUKAN

England berhempas pulas tundukkan Andorra

Utusan Sarawak 3 days ago

Pemain England, Declan Rice (kanan) menanduk masuk gol kedua pasukannya menentang Andorra pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 zon Eropah di Villa Park, Birmingham. England menang 2-0.

BIRMINGHAM, England: England mengekalkan rekod sempurna mereka dalam perjalanan ke Piala Dunia, namun skuad kendalian Thomas Tuchel sekali lagi gagal mempamerkan aksi meyakinkan selepas menang 2-0 ke atas pasukan kerdil Andorra, awal pagi tadi.

Gol sendiri Christian Garcia pada babak pertama di Villa Park disusuli tandukan Declan Rice selepas rehat, membolehkan pendahulu Kumpulan K itu mencatat empat kemenangan berturut-turut pada aksi kelayakan.

Namun, walaupun England terus berada di landasan ke Piala Dunia tahun depan, persembahan longlai ini kembali menimbulkan persoalan terhadap kemampuan Tuchel membentuk pasukan pemenang trofi daripada generasi berbakat besar.

England beraksi mantap tetapi tidak menyerlah, kekurangan kreativiti dan kebijaksanaan di jentera serangan.

Tidak hairanlah Tuchel kelihatan kecewa di tepi padang.

Menyalahkan suasana penonton yang hambar, Tuchel berkata: “Ia sukar kerana suasananya amat berbeza dengan perlawanan Liga Perdana. 

“Selepas gol pertama, kami hilang fokus selama 10 hingga 15 minit dengan terlalu banyak kehilangan bola, tetapi di babak kedua kami kembali tenang dan sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol.”

Bekas pengendali Chelsea dan Bayern Munich itu pastinya mahukan persembahan lebih meyakinkan menjelang ujian paling sukar eranya Selasa ini apabila England menentang pencabar utama Kumpulan K, Serbia di Belgrade.

Dengan Piala Dunia di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada semakin hampir, Tuchel berdepan tekanan untuk membina pasukan dengan identiti jelas serta matlamat kukuh.

Daripada aksi hambar dalam perlawanan kelimanya ini, jelas jurulatih Jerman itu masih jauh daripada mencapai sasaran itu.

England sebelum ini sekadar menang 2-0 ke atas Albania dalam perlawanan sulung Tuchel pada Mac lalu dan hanya sedikit lebih baik ketika menewaskan Latvia 3-0.

Kemenangan tipis 1-0 menentang Andorra pada Jun amat membimbangkan dan keadaan bertambah buruk apabila mereka menutup jadual musim panas dengan kekalahan 1-3 kepada Senegal pada aksi persahabatan di Nottingham.

Ia amat berbeza dengan kenyataan berani Tuchel beliau mahu pasukannya memburu trofi utama pertama England sejak 1966 menerusi gaya menyerang, berbeza dengan pendekatan berhati-hati bekas pengendali, Gareth Southgate.

Menentang lawan kerdil seperti Andorra, England hanya mampu membuka jaringan pada minit ke-25 tanpa perlu meningkatkan tempo.

Noni Madueke menjadi pemain paling berbahaya dan pemain sayap Arsenal itu berjaya melakukan hantaran lintang yang cuba dihalang Garcia tetapi tertampan ke gawang sendiri.

Dominasi England akhirnya membuahkan hasil lagi pada minit ke-67.

Reece James, yang dipilih Tuchel di posisi pertahanan kanan berbanding Trent Alexander-Arnold, melakukan hantaran lintang tepat ke kotak penalti untuk ditanduk Rice menewaskan penjaga gol Iker Alvarez. – AFP

Continue Reading

Previous: SIPMA 2025: Jonah pecah rekod kebangsaan lontar peluru
Next: Ronaldo jaring dua gol, bantu Portugal benam Armenia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.