Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Maulidur Rasul di Lawas, budaya ‘hidup sekampung’ terus diperkukuh
  • WILAYAH

Maulidur Rasul di Lawas, budaya ‘hidup sekampung’ terus diperkukuh

Utusan Sarawak 11 hours ago
KETUAI PERARAKAN…Awang Tengah bersama Dayang Morliah dan Henry Sum Agong disertai masyarakat majmuk Lawas berarak pada sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Lawas. Foto: Adeng Edrus

LAWAS: Budaya ‘hidup sekampung’ dengan saling hormat-menghormati antara budaya dan latar belakang perlu disemarakkan dalam memelihara perpaduan di Sarawak.

Kekuatan dan teladan Nabi Muhammad SAW dalam menjadi pemimpin adil dan bijaksana dalam segala aspek kehidupan adalah yang perlu dijadikan contoh ke arah membentuk satu masyarakat majmuk yang bersatupadu.

“Daerah Lawas khususnya sudah sekian lama mengamalkan ‘hidup sekampung’. Hari ini kita dapat saksikan yang hadir majoriti yg beragama Islam dan disertai masyarakat bukan beragama Islam.

“Sejak dahulu kita tidak pernah ada perselisihan disebabkan warna kulit, perbezaan bangsa dan agama, malahan kita semakin erat melalui perkahwinan campur. Ini adalah kunci perpaduan di Sarawak.

“Generasi muda perlu mempelajari budaya hidup orang terdahulu agar terus terpelihara,” katanya pada perhimpunan sambutan dan perarakan Maulidur Rasul peringkat Daerah Lawas di Dataran Central Lawas hari ini.

BERGERAK BERSATU…Awang Tengah mengetuai perarakan melalui bandar Lawas ke Taman Awam Lawas. Foto: Adeng Edrus  

Seramai lebih 5,000 masyarakat Islam dan bukan beragama Islam telah menyertai perarakan Maulidur Rasul bermula daripada Dataran Padang Central hingga ke Taman Awam Lawas.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok.

LAMBAIAN MESRA…Awang Tengah dan Dayang Morliah melambai kontinjen yang melalui pentas perhentian di pasar Lawas. Foto: Adeng Edrus

Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian anugerah tokoh usahawan dan kepimpinan dalam organisasi peringkat Daerah Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ibu bapa, sekolah diminta serius bendung budaya buli
Next: Pertandingan Zikir Marhaban dan Berzanji serlahkan keindahan tradisi Islam di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.