Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sibu jadi perintis Kejohanan Pickleball sekolah menengah di Malaysia
  • SUKAN

Sibu jadi perintis Kejohanan Pickleball sekolah menengah di Malaysia

Utusan Sarawak 11 hours ago
UNTUK KENANGAN….Chieng (tengah) merakam kenangan bersama para pemain dan penaja Pertandingan Pickleball Antara Sekolah Bahagian Sibu 2025.

SIBU: Sibu melakar sejarah apabila menjadi tuan rumah Pertandingan Pickleball Antara Sekolah Bahagian Sibu 2025 yang julung kali diadakan di bahagian ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek yang juga Presiden Persatuan Pickleball Sibu Joseph Chieng Jin Ek menyempurnakan majlis perasmian di Pusat Pickleball SMI, hari ini.

Chieng berkata, pickleball mungkin merupakan sukan yang agak baharu di Malaysia, namun perkembangannya amat pesat dan memberi inspirasi.

“Menurut Pemangku Presiden Persatuan Pickleball Malaysia, Delima Ibrahim kejohanan ini berkemungkinan besar merupakan kejohanan pickleball antara sekolah menengah yang pertama di negara ini.

“Sibu telah mencipta sejarah hari ini dan setiap daripada anda, para pemain muda adalah perintis kepada pencapaian ini,” katanya.

PERASMIAN…..(dari dua kiri) Kang, Chieng, Kong, Song dan Lau melakukan simbolik perasmian Pertandingan Pickleball Antara Sekolah Bahagian Sibu 2025.

Tambahnya, sukan ini (pickleball) mudah dipelajari, menyeronokkan untuk dimainkan, dan yang paling penting, membina disiplin, kerjasama berpasukan, dan ketahanan diri.

“Di Sibu, kita telah menyaksikan perkembangan yang menggalakkan tahun ini. Sebanyak 11 sekolah menengah telah bergabung dalam majlis angkat sumpah bagi penubuhan Kelab Pickleball di sekolah masing-masing pada 30 April lepas.

“Ini adalah satu permulaan yang amat membanggakan bagi program pembangunan bakat belia kita,” ujarnya.

Jelani memberitahu, Persatuan Pickleball Sibu telah menganjurkan Kursus Jurulatih Bertauliah Tahap 1 pada 7 Jun lepas dengan penyertaan 34 orang peserta, termasuk dua dari Kuching dan empat dari Sarikei, yang kesemuanya berjaya menamatkan kursus tersebut.

“Pencapaian ini menunjukkan betapa kukuhnya pickleball semakin diterima dalam kalangan sekolah dan komuniti kita,” kata beliau.

Chieng berharap para pelajar bukan sahaja akan bertanding dengan penuh semangat, tetapi juga mempelajari nilai kesukanan, menghormati rakan sepasukan, lawan, pengadil, dan sukan itu sendiri.

“Kejohanan ini juga menyediakan platform penting untuk pembangunan bakat belia. Daripada 16 pasukan yang mewakili 13 sekolah menengah ini, saya percaya bintang-bintang baharu akan lahir.

“Pada masa yang sama, Persatuan Pickleball Sibu juga akan memilih pemain Bawah 18 bahagian Sibu melalui kejohanan ini. Langkah ini memastikan bahagian Sibu sentiasa bersedia dengan pemain pickleball muda berbakat,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Sibu atas sokongan yang diberikan, para pengetua dan guru yang sentiasa menggalakkan pelajar serta jurulatih dan pengurus pasukan yang membimbing pemain muda.

“Ucapan terima kasih khas juga ditujukan kepada penaja utama kita WTK, KTS, Grolite Group dan Chickilicious. Sokongan anda telah menjayakan penganjuran kejohanan sulung ini dan membuktikan komitmen anda terhadap pembangunan belia dan sukan dalam komuniti kita,” ujar beliau.

Turut hadir, Timbalan Pegawai Pendidikan Bahagian Sibu (Sektor Pembangunan Murid) Kong Chiong Hui mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Sibu, wakil Pengarah Urusan Kumpulan WTK Holding Berhad Desmond Kang, wakil KTS Trading Sdn Bhd Kaunselor Kevin Lau, wakil Pengerusi Kumpulan Quantum Evershine Sdn Bhd Aaron Song, wakil Chickilicious Sdn Bhd Zon Hii, pengarah kejohanan Kaunselor Kiing Teck Ho dan ketua pengadil yang juga Presiden Kelab Pickleball Lanang, Daniel Ing.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Tang Jie-Ee Wei tidak sertai Terbuka Hong Kong
Next: Burn doakan yang terbaik untuk Isak di Liverpool, tiada dendam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.