Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 26 kontinjen meriahkan perarakan Maulidur Rasul di Saratok
  • WILAYAH

26 kontinjen meriahkan perarakan Maulidur Rasul di Saratok

Utusan Sarawak 12 hours ago
MAULIDUR RASUL….Sebanyak 26 kontinjen telah menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Saratok pagi tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Sambutan Maulidur Rasul bukan sekadar acara perarakan, sebaliknya perlu dijadikan ruang untuk umat Islam menghayati sirah Nabi Muhammad SAW serta mengambil iktibar daripada perjuangan Baginda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, kelahiran Rasulullah SAW merupakan rahmat buat seluruh alam dan umat Islam perlu mencontohi akhlak Baginda serta menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman hidup.

Beliau menggesa masyarakat Saratok memperkukuhkan ukhuwah Islamiah dan perpaduan demi kesejahteraan bersama, selain menyatakan keyakinan bahawa dengan semangat kebersamaan, daerah itu akan terus maju seiring visi kerajaan Sarawak membina masyarakat harmoni, berilmu dan berakhlak mulia.

MAULIDUR RASUL….Sebanyak 26 kontinjen telah menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Saratok pagi tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Tema rasmi sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak tahun ini ialah ‘Ummah Maju Makmur’ yang menekankan aspirasi kerajaan negeri untuk melihat umat Islam maju, makmur dan progresif.

Pada peringkat kebangsaan, tema ‘Membangun Ummah Madani’ dipilih, mencerminkan nilai teras negara dalam memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan ummah seiring cabaran semasa, selain menyingkap pengajaran daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah pada 622 Masihi.

MAULIDUR RASUL….Sebanyak 26 kontinjen telah menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Saratok pagi tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Mohamad Duri turut mengingatkan bahawa sambutan Maulidur Rasul wajar dihayati dengan memperbanyakkan selawat, mencontohi akhlak Baginda, menghidupkan sunnah serta melahirkan generasi pewaris perjuangan Islam.

Beliau memetik hadis Rasulullah SAW yang bersabda: “Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka aku akan berselawat ke atasnya 10 kali” (Riwayat Al-Bukhari), sebagai dorongan memperkukuh kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok (LAKIS), agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan serta semua kontinjen perarakan yang menjayakan sambutan tersebut.

MAULIDUR RASUL….Sebanyak 26 kontinjen telah menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Saratok pagi tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Dalam pada itu, Mohamad Duri telah mengetuai perarakan sebanyak 26 kontinjen yang menyertai dan meraikan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Saratok pagi tadi.

Perarakan bermula sekitar 7.30 pagi diiringi laungan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW bermula dari Pentas Utama Sri Kalaka dan seterusnya mengelilingi Kampung Masjid Hilir, Kampung Tanjung, Kampung Bunga Raya, Kampung Lot Wawasan, Kampung Melango Lama, Kampung Melango Baru dan berakhir di Masjid lama Saratok.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek pembinaan enam bilik darjah dan asrama SMK Engkilili siap 2026
Next: PPD Baram johan perarakan sambutan Maulidur Rasul di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.