Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Delegasi NREB Sarawak rangka langkah baharu tangani kebakaran dan jerebu
  • TEMPATAN

Delegasi NREB Sarawak rangka langkah baharu tangani kebakaran dan jerebu

Utusan Sarawak 11 hours ago
LAWATAN…Delegasi Sarawak pelajari strategi pengurusan jerebu dan kebakaran semasa lawatan teknikal ke Semenanjung.

KUCHING: Delegasi Sarawak menimba pengalaman berharga menerusi lawatan teknikal ke Semenanjung Malaysia dari 29 hingga 31 Julai bagi mempelajari amalan terbaik pengurusan jerebu, pemuliharaan tanah gambut dan pencegahan kebakaran.

Lawatan yang diketuai Timbalan Pengawal (Pengurusan) Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Kenny Poon itu merupakan sebahagian daripada Kajian Pelan Strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Hari pertama dimulakan dengan kunjungan ke Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Putrajaya. Delegasi disambut mesra oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Mohd Yunos Rais sebelum diberi taklimat mengenai Program Pemantauan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) serta peranan Pusat Data Alam Sekitar dalam menyelaras maklumat.

JAS turut berkongsi penggunaan Sistem Pemantauan Kualiti Udara Berterusan (CAQM) selain prosedur operasi standard serta strategi bagi menangani jerebu dan kebakaran terbuka.

Pada hari kedua, rombongan melawat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Petaling Jaya dan diberi penerangan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Ambun Dindang.

Antara topik utama ialah Sistem Penarafan Bahaya Kebakaran (FDRS) serta penggunaan Stesen Cuaca Automatik (AAWS).

Delegasi juga diperkenalkan kepada pelbagai peralatan ramalan moden termasuk peta interaktif kebakaran serta ramalan tujuh hari FDRS bersama Indeks Cuaca Kebakaran (FWI).

Lawatan berakhir dengan kunjungan ke Hutan Simpan Raja Musa di Selangor, di mana delegasi disambut oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Azhar Ahmad.

Mereka berpeluang meninjau sendiri teknik pemadaman kebakaran, infrastruktur pencegahan seperti blok kanal, menara pemantauan serta kaedah pemulihan ekohidrologi.

Taklimat turut menekankan kepentingan pelan pengurusan jangka panjang Hutan Paya Gambut Utara dan Selatan Selangor (2025–2034) bagi memastikan kelestarian ekosistem.

Secara keseluruhan, lawatan tiga hari itu berjaya mencapai objektifnya dengan memberikan pendedahan langsung kepada pendekatan bersepadu dalam mitigasi jerebu, pemantauan kualiti udara serta pencegahan kebakaran hutan dan tanah gambut.

Ilmu dan pengalaman yang diperoleh akan dimanfaatkan untuk memperkukuh usaha Sarawak merangka Pelan Strategik Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut dan Pembakaran Terbuka Haram agar seiring dengan dasar nasional serta amalan terbaik serantau.

Continue Reading

Previous: Anyi Jana komited perkukuh PRS, sedia terus berkhidmat di peringkat tertinggi
Next: Golongan muda elak jadi ‘keldai dadah’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.