
KUCHING: Kerajaan Sarawak telah menetapkan tarikh 15 September ini sebagai hari kelepasan am di negeri ini.
Perkara ini dinyatakan melalui Warta Kerajaan Sarawak bertarikh 22 Ogos 2025 yang ditandatangani Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Warta tersebut memaklumkan kerajaan Sarawak bersetuju menerima pakai dan mengisytiharkan tarikh Isnin, 15 September 2025 sebagai hari kelepasan am bagi Sarawak.
Ini selaras pengumuman Perdana Menteri pada 23 Julai 2025.