Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPS arah lima premis makanan di Sibu lakukan pembersihan segera
  • Tengah
  • WILAYAH

MPS arah lima premis makanan di Sibu lakukan pembersihan segera

Utusan Sarawak 1 day ago
DIRAMPAS…..Gelas, pinggan mangkuk dan papan potong yang lusuh turut dirampas dalam operasi samalam.

SIBU: Lima premis makanan di Lorong Ulu Oya dan Lorong Permai Barat telah dikenakan notis arahan pembersihan dalam tempoh 14 hari selepas pemeriksaan bersepadu dijalankan Majlis Perbandaran Sibu (MPS), semalam.

Dalam operasi yang bermula 9.00 pagi itu, sebanyak 13 premis telah diperiksa oleh ahli majlis, bahagian kesihatan awam dan bahagian penguatkuasaan MPS.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Awam, Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran MPS Kaunselor Yiing Sy Huat, lima notis telah dikeluarkan oleh bahagian kesihatan awam untuk premis makanan menjalankan kerja pembersihan dalam tempoh 14 hari. 

“Manakala, satu kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan membuang sisa makanan ke dalam longkang.

“Selain itu, kami juga telah merampas penyedut minuman plastik, gelas yang telah lusuh, pinggan dan mangkuk yang telah retak, sumbing atau lusuh serta papan pemotong yang telah lusuh dari 10 premis,” katanya.

Beliau memberitahu, pihak penguatkuasa MPs telah mengeleluarkan empat kompaun atas kesalahan gagal mengemukakan permit penggunaan kaki lima dan satu amaran lisan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Separuh Jalan Pesisiran Pantai Bekenu ditutup sementara, 10-21 September ini
Next: Pasar Tamu di Pasar Sentral Sibu ditutup sementara, kerja penyelenggaraan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.