Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perkukuh tindakan iklim dengan projek alam dan kerjasama global
  • TEMPATAN

Sarawak perkukuh tindakan iklim dengan projek alam dan kerjasama global

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Len Talif Salleh (dua dari kiri) menyaksikan pertukaran MoU antara IUCN dan Sarawak Energy. Turut kelihatan dari kiri: James Dalton, James Ung dan Marconi Madai.

KUCHING: Sarawak melangkah maju dalam usaha memperkukuh tindakan iklim berasaskan alam melalui Forum Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kelestarian (SAREF 4.0) anjuran Sarawak Energy, hari ini.

Majlis menyaksikan penyerahan simbolik permit kajian karbon (Dataran Seping) daripada Jabatan Hutan Sarawak kepada Sarawak Energy serta pertukaran memorandum persefahaman (MoU) dengan Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN).

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili, berkata permit kajian karbon akan mempercepatkan projek Penyelesaian Berasaskan Alam (NbS) yang membantu melindungi kawasan tadahan hidro dan memulihara biodiversiti. MoU bersama IUCN pula membawa kepakaran pemuliharaan bertaraf global ke Sarawak.

Permit tersebut diserahkan oleh Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad, kepada Pengerusi Jawatankuasa Kelestarian Sarawak Energy, Dato Sri JC Fong. Pertukaran MoU dilakukan antara James Dalton dari IUCN dan Naib Presiden Kanan HSSE Sarawak Energy, Marconi Madai.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Datuk Len Talif Salleh menggesa semua pihak mengamalkan prinsip ekonomi kitaran bagi memaksimumkan kelestarian dan kecekapan sumber dalam sektor tenaga ASEAN.

DATUK Len Talif Salleh (tujuh dari kiri) bergambar bersama tetamu kehormat selepas penyerahan Permit Kajian Karbon oleh Datu Hamden Mohamed (lima dari kiri) kepada Dato Sri JC Fong (lima dari kanan). Turut kelihatan di tempat keenam dari kiri ialah Datuk Dr. Othsman Hassan.

Permit kajian karbon membolehkan Sarawak Energy memulakan projek yang dijangka menghasilkan lebih 250,000 kredit karbon bagi mengimbangi pelepasan karbon menjelang 2050.

MoU lima tahun dengan IUCN meliputi khidmat nasihat teknikal, pemulihan hutan, pemuliharaan spesies dan pengurusan adaptif, sekali gus memperkukuh usaha pemuliharaan biodiversiti dan inisiatif NbS di Malaysia.

Kerjasama ini turut memberi tumpuan kepada pertukaran ilmu, pembangunan kapasiti dan penyelidikan bersama.

Inisiatif ini mengukuhkan kedudukan Sarawak Energy sebagai peneraju tenaga hidro lestari bertaraf antarabangsa serta memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti dan alam sekitar.

Turut hadir Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas (Hal Ehwal Islam) Kemboja, Datuk Dr. Othsman Hassan, Ketua Pegawai Operasi Sarawak Energy, James Ung, Ketua Pegawai Eksekutif SESCO, Lau Kim Swee dan Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat, Siti Aisah Adenan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Michael Kong warns of loan scams and impersonators preying on borrowers who file police reports
Next: RUU Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025 tekankan perlindungan data dan akses inklusif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.