Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPDN sasar 20,000 siri Program Jualan Rahmah MADANI tahun ini
  • NASIONAL

KPDN sasar 20,000 siri Program Jualan Rahmah MADANI tahun ini

Utusan Sarawak 2 days ago
PENGUNJUNG Roslita Saidin, 51, menggunakan aplikasi MyKasih bagi memudahkan pengguna mengimbas dan menyemak mana-mana barangan yang ada di pasar raya sama ada tergolong di dalam senarai 14 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan kerajaan ketika tinjauan di sebuah pasaraya hari ini. Urusan pembelian barangan keperluan asas menerusi program bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 sekali beri yang diperkenalkan Kerajaan MADANI baru-baru ini boleh dibuat dengan lebih lancar sekiranya orang ramai menggunakan aplikasi MyKasih ketika membeli-belah. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menasihati orang ramai supaya tidak terburu-buru menggunakan bantuan SARA hingga perlu beratur panjang di kaunter bayaran. Orang ramai mempunyai tempoh hingga 31 Disember ini untuk membelanjakan bantuan SARA RM100 sekali beri yang diberikan Kerajaan MADANI sejak 31 Ogos lepas. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan penganjuran 20,000 siri Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) tahun ini, sekali gus meningkatkan akses rakyat terhadap barangan keperluan pada harga lebih rendah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata sasaran itu adalah peningkatan 190 peratus berbanding 2023 dan 61 peratus berbanding 2024, susulan pengumuman tambahan peruntukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lepas bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.

“Hingga 31 Ogos lepas, sebanyak 15,308 siri PJRM telah dilaksanakan di seluruh negara sejak 1 Januari lepas dan jumlah ini akan terus dipertingkatkan melibatkan 222 kawasan Parlimen, 600 Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 40 zon di Wilayah Persekutuan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata penganjuran PJRM dilakukan dengan kerjasama 1,234 rakan strategik termasuk pasar raya besar, pasar raya pemborong, kedai runcit, koperasi, vendor logistik, pertubuhan serta 48 pasar awam, dengan penawaran barangan keperluan asas pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Senator Datuk Anna Bell Suzieana Perian, Armizan memaklumkan bahawa  KPDN telah mengambil langkah-langkah awal susulan pengumuman tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 kepada golongan dewasa melibatkan 22 juta rakyat Malaysia, dengan anggaran perbelanjaan melebihi RM2 bilion.

“Bermula 31 Ogos hingga 2 September lepas, sebanyak 8,438 premis diperiksa Bahagian Penguatkuasaan KPDN. Kita juga menggerakkan pegawai pemantau harga (PPH) yang memeriksa 316 item di 1,160 premis setiap hari bagi memastikan harga kekal terkawal,” katanya.

Beliau berkata semua barangan dalam senarai SARA turut dimasukkan ke dalam pemantauan PPH, manakala lima aduan rasmi telah diterima kementerian setakat ini, dengan hanya dua melibatkan secara langsung program SARA.

“Setiap aduan rasmi akan disusuli tindakan dalam tempoh 24 jam bagi memastikan bekalan dan harga barangan terus dikawal. Kita menyeru orang ramai untuk menyalurkan aduan melalui platform rasmi KPDN bagi membolehkan tindakan segera diambil,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: SARA RM100 ‘rezeki berganda’ rakyat
Next: 200 sekolah berasrama di bawah KPM akan dilengkapi CCTV

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.