Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • HDC Sarawak perluas manfaat Skim Pinjaman Rumah Panjang
  • Tengah
  • WILAYAH

HDC Sarawak perluas manfaat Skim Pinjaman Rumah Panjang

Utusan Sarawak 2 days ago
PENGERUSI HDC Sarawak, Abdul Yakub Arbi telah menghadiri Program Randau PKPRP di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, hari ini. Foto: Facebook Dr Richard Rapu

BETONG: HDC Sarawak terus komited meningkatkan kesejahteraan masyarakat rumah panjang menerusi Program Randau Skim Pinjaman Rumah Panjang (PKPRP) di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, hari ini.

Skim PKPRP yang dikendalikan HDC menawarkan kemudahan pinjaman sehingga RM30,000 bagi tujuan baik pulih serta RM50,000 untuk pembinaan rumah baharu. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi HDC di hdc.sarawak.gov.my.

Menurut kenyataan Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata di kawasan Parlimen Betong sahaja, sebanyak 88 rumah panjang dengan keseluruhan 1,907 bilik atau pintu telah mendapat manfaat daripada skim ini.

Program Randau tersebut memberi tumpuan kepada kepentingan pembayaran balik pinjaman, memperkenalkan kaedah pembayaran baharu yang lebih mudah.

Program itu juga turut berkongsi maklumat mengenai insurans kebakaran bagi melindungi komuniti rumah panjang daripada risiko tidak dijangka.

Sebagai simbol penghargaan, HDC turut menyerahkan cenderamata kepada Tuai Rumah yang mewakili komuniti rumah panjang dalam kategori pembayaran balik terbaik, sekali gus mengiktiraf komitmen mereka terhadap kelestarian skim pinjaman ini.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja memperluas akses pembiayaan kepada masyarakat rumah panjang, malah turut memperkukuh kesedaran mengenai pengurusan kewangan dan perlindungan komuniti demi kesejahteraan jangka panjang.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengerusi HDC Sarawak, Abdul Yakub Arbi, Pegawai Daerah Betong, Laga Kueh, wakil Residen Bahagian Betong, Althrina Marla Sandai, wakil Pusat Khidmat DUN N.36 Layar, Tuai Rumah Rozana Edward Nanang dan Brandon De Frank dari Seksyen Pemasaran HDC Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: ADUN Krian terima kunjungan hormat JHBC
Next: SADA adakan sesi libat urus projek rumah burung walit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.