Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 1,000 terbunuh dalam tanah runtuh di sebuah kampung di Barat Sudan
  • GLOBAL

Lebih 1,000 terbunuh dalam tanah runtuh di sebuah kampung di Barat Sudan

Utusan Sarawak 4 days ago

FOTO ini diambil oleh Pergerakan/Tentera Pembebasan Sudan (SLM), pada 2 September 2025, menunjukkan orang ramai memeriksa serpihan selepas tanah runtuh memusnahkan perkampungan Tarasin di kawasan Jebel Marra di Sudan. Tanah runtuh besar di Negeri Darfur barat Sudan telah meratakan seluruh perkampungan pergunungan dan mengorbankan lebih 1,000 orang, kata kumpulan Gerakan/Tentera Pembebasan Sudan (SLM), yang hanya meninggalkan seorang yang terselamat. Foto AFP

ISTANBUL: Lebih 1,000 terbunuh dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di sebuah kampung di Negeri Darfur Tengah, barat Sudan, menurut sebuah kumpulan bersenjata, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pergerakan/Tentera Pembebasan Sudan (SLM/A), kumpulan yang menguasai kawasan itu, dalam kenyataan berkata seluruh penduduk kampung Tarsin di Pergunungan Marra maut pada 31 Ogos selepas hujan lebat mencetuskan tanah runtuh.

Hanya seorang sahaja yang terselamat dalam bencana itu, kata kumpulan berkenaan, sambil menambah bahawa kebun sitrus yang terkenal kampung itu turut musnah.

Kumpulan itu menyeru pertubuhan antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membantu mengeluarkan mayat dari bawah runtuhan.

Dalam kenyataan berasingan, Gabenor wilayah Darfur, Minni Arko Minnawi, menyifatkan kejadian itu sebagai “tragedi kemanusiaan yang melampaui sempadan wilayah,” dan merayu kepada pertubuhan kemanusiaan antarabangsa “untuk campur tangan segera bagi memberi sokongan dan bantuan pada saat kritikal ini, kerana tragedi ini melangkaui kemampuan rakyat kami.”

Setakat pagi Selasa, belum ada pengesahan daripada kerajaan Sudan. SLM/A merupakan sebuah gerakan politik dan ketenteraan yang beroperasi di beberapa bahagian negeri Darfur Tengah, yang berada di bawah kawalan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).

Bencana alam ini berlaku ketika peperangan antara tentera dan RSF masih berlarutan, yang telah meragut lebih 20,000 nyawa dan menyebabkan 14 juta orang hilang tempat tinggal sejak April 2023, menurut PBB dan pihak berkuasa tempatan.

Namun, penyelidikan oleh universiti di Amerika Syarikat menganggarkan angka korban mencecah sekitar 130,000 orang.– Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Langkah kawalan sedang diambil, rakyat Malaysia di Indonesia diminta berwaspada – Duta Besar
Next: PM baharu Thailand belum pasti, parti masih bergelut bentuk majoriti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.