Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat pili bomba di Sarikei diperiksa, dicat semula
  • Tengah
  • WILAYAH

Empat pili bomba di Sarikei diperiksa, dicat semula

Utusan Sarawak 4 days ago
DIWARNAKAN SEMULA…. Anggota bomba mengecat semula pili bomba. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Sebanyak empat unit pili bomba diperiksa dan diwarnakan semula semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata dari jumlah tersebut, tiga unit pili bomba adalah di Jalan Tangki Air dan seunit di Jalan Pengiran Kadir. 

“Tiga anggota bomba bertugas menjalankan pemeriksaan dan mengecat semula pili bomba tersebut bermula 10.20 pagi. 

“Sebelum mengecat semula pili bomba, anggota bomba memastikan dulu pili bomba sama ada dalam keadaan baik,” katanya. 

Arrahman berkata demikian ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, hasil pemeriksaan didapati pili bomba dalam keadaan baik. 

“Pili bomba diwarnakan semula bagi mengelak kerosakan seperti berkarat dan agar mudah dilihat,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Generasi muda perlu diperkasa dengan kemahiran digital
Next: DUBS Miri sambut baik RUU Pekerja Gig 2025, lindungi pekerja dan pacu ekonomi digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.