Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Punca lewat berjaya diatasi, Jambatan Sejingkat boleh siap Mac 2026
  • TEMPATAN

Punca lewat berjaya diatasi, Jambatan Sejingkat boleh siap Mac 2026

Utusan Sarawak 1 month ago
PROJEK pembinaan Jambatan Sejingkat yang menghubungkan Jalan Utama Tanjung Bako, Samarahan dengan Jalan Sejingkat, di Kuching kini mencatatkan kemajuan fizikal 54.77 peratus berbanding jadual asal 57.64 peratus. Foto Facebook JKR

KUCHING: Projek pembinaan Jambatan Sejingkat yang menghubungkan Jalan Utama Tanjung Bako, Samarahan dengan Jalan Sejingkat, di sini kini mencatatkan kemajuan fizikal 54.77 peratus berbanding jadual asal 57.64 peratus.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata walaupun terdapat sedikit kelewatan, semua punca kelewatan sudah berjaya diselesaikan.

Beliau berkata projek bernilai lebih RM365 juta di bawah Pakej D3A, Rangkaian Jalan Pesisir itu kini dijadualkan siap pada Mac 2026.

“Kita berharap selepas perbincangan bersama kontraktor pagi tadi, projek ini dapat disiapkan pada Mac 2026. Kita yakin kerana semua bahan binaan sudah berada di tapak dan tidak ada masalah besar.

“JKR akan bekerjasama rapat dengan kontraktor untuk memastikan jadual dapat dipatuhi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatannya di tapak projek, di sini hari ini.

Menurut Uggah, dalam tempoh tiga bulan akan datang, kerja utama yang akan diberi tumpuan termasuk menyiapkan jambatan pendekatan dari Abutment A hingga Pier 6, membina dek segmen untuk Pylon 7 dan 8, serta jambatan penghubung di Pier 9.

Selain itu, kerja perlindungan utiliti, penanaman cerucuk, dan pemasangan sistem saliran turut dilaksanakan.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak memaklumkan pihak kontraktor telah menggandakan penggunaan sumber dengan merekrut lebih ramai tenaga kerja iaitu 344 orang berbanding 255 yang dirancang.

Jumlah jentera di tapak juga ditingkatkan kepada 56 unit berbanding 29 seperti yang dijadualkan bagi mempercepatkan kerja pembinaan.

Projek Jambatan Sejingkat sepanjang 1.28 kilometer itu dijangka menjadi nadi penghubung baharu yang mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Kuching–Samarahan, selain memperkukuh jaringan Jalan Pesisir Sarawak.

Oleh Sharul Qaizat & Shikin Mahmud


Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jambatan Rambungan siap Julai 2026, setahun lebih awal – Uggah
Next: Nicholas Kudi tarik diri daripada persaingan Ketua Pemuda PRS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.