Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka meningkat jejaki prestasi Wall Street
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka meningkat jejaki prestasi Wall Street

Utusan Sarawak 18 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diniagakan lebih tinggi pada sesi awal dagangan hari ini yang seiringan dengan prestasi semalaman Wall Street.

Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.83 mata kepada 1,592.74 selepas mencatat paras penutup 1,587.91, semalam.

Indeks berkenaan dibuka menokok 1.35 mata kepada 1,589.26.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 204 berbanding 180, sebanyak 274 kaunter tidak berubah, 1,986 kaunter tidak diniagakan dan 112 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 183.63 juta saham bernilai RM141.54 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran Wall Street ditutup lebih tinggi semalam, didorong oleh sentimen positif berikutan jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar faedah pada bulan depan.

“Namun, saham teknologi utama Nvidia jatuh dalam sesi dagangan seterusnya walaupun mencatatkan pendapatan kukuh susulan kebimbangan peniaga mengenai dakwaan penjualannya kepada China.

“Pada masa sama, hasil bon 10 tahun AS pula merosot kepada 4.24 peratus,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, Thong berkata prestasi FBM KLCI yang ditutup pada tertinggi harian semalam dan disokong pembelian institusi tempatan yang ketara, hanya menebus kerugian yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

“Berbeza dengan kebimbangan sebelum ini, kami melihat pemulihan semula ini sebagai positif kerana memaparkan daya tahan pasaran. Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks utama itu akan bergerak pada paras dalam julat 1,590–1,605,” katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank meraih 11 sen kepada RM9.90, Public Bank menokok 3.0 sen kepada RM4.36 dan CIMB Group naik 1.0 sen kepada RM7.47.

Tenaga Nasional pula susut 4.0 sen kepada RM13.44 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.79.

Saham aktif menyaksikan Sime Darby menokok 6.0 sen kepada RM1.96, Tanco Holdings menambah setengah sen kepada 72.5 sen, Nationgate Holdings susut 3.0 sen kepada RM1.37, Ekovest turun 1.0 sen kepada 37.5 sen manakala TWL Holdings kekal tidak berubah pada 2.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas naik 27.83 mata kepada 11,817.07, Indeks FBMT 100 meraih 30.60 mata kepada 11,591.44, Indeks FBM Emas Syariah menokok 5.76 mata kepada 11,777.62, Indeks FBM 70 menambah 23.50 mata kepada 16,593.09 manakala Indeks FBM ACE susut 4.81 mata kepada 4,742.14.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 130.34 mata kepada 18,212.90, Indeks Perladangan menambah 27.88 mata kepada 7,607.28 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.51 mata kepada 164.03 dan Indeks Tenaga menguncup 0.44 mata kepada 747.69.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit  mendatar berbanding dolar AS pada sesi awal susulan sentimen berhati-hati
Next: Chong Chieng Jen urges government action against insurance premium exploitation

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.