Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBM sediakan tapak jualan buah bermusim di Pujut Corner mulai 1 September
  • Tengah
  • WILAYAH

MBM sediakan tapak jualan buah bermusim di Pujut Corner mulai 1 September

Utusan Sarawak 10 hours ago

PANTAU…Pasukan  Penguatkuasa Majlis Bandaraya Miri (MBM) menjalankan pemantauan di sekitar bandar Miri untuk memberi amaran kepada semua penjual buah bermusim terutamanya penjual buah durian untuk mendapatkan permit terlebih dahulu daripada MBM dan berjual di tempat yang dibenarkan. 

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan menyediakan tapak jualan bagi buah-buahan bermusim di Pusat Penjaja Sementara, Pujut Corner, bermula 1 September ini.

Sehubungan itu, semua penjaja buah-buahan bermusim dikehendaki memohon permit di Aras 1, Seksyen Kesihatan Awam dan Perlesenan, bermula 25 Ogos lalu. Selaras dengan itu, semua tapak jualan buah-buahan bermusim di lokasi lain akan ditutup.

Seksyen Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa pihaknya telah menjalankan pemantauan di sekitar bandar raya Miri bagi memberi amaran kepada semua penjaja buah-buahan bermusim, khususnya penjual durian, supaya mendapatkan permit terlebih dahulu daripada MBM dan hanya berniaga di lokasi yang telah ditetapkan.

“Pemantauan penguatkuasaan tersebut dilaksanakan sepenuhnya oleh Seksyen Penguatkuasaan MBM.

“Khidmat nasihat turut diberikan kepada para penjaja agar sentiasa menjaga kebersihan serta dilarang sama sekali meletakkan barangan perniagaan atau peribadi di kawasan awam,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, sekiranya masih lagi didapati gagal untuk mematuhi peraturan yang sedia ada ataupun tiada permit dalam aktiviti jualan, tindakan sitaan akan dilakukan pada masa yang akan datang.

MBM bertanggungjawab menjalankan penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Kebersihan di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 26 bagi memastikan pematuhan terhadap aspek kebersihan dan keselamatan di kawasan awam, terutamanya apabila barang milik pemilik premis diletakkan di kawasan awam seperti tempat letak kereta, laluan kaki lima, serta kawasan belakang kedai.

Ini kerana ia boleh menjejaskan imej dan pemandangan sekitar bandar raya serta boleh menyebabkan kacau ganggu dan mengancam keselamat.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 45 peserta PDK Meradong sertai ceramah keselamatan kebakaran
Next: APM Sarikei musnahkan sarang tebuan di pohon nipah Lorong 1, Jalan Dabai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.