Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sarawak sasar 500,000 pekerja mahir menjelang 2030
  • PENDIDIKAN

Sarawak sasar 500,000 pekerja mahir menjelang 2030

Utusan Sarawak 16 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan Majlis Perasmian Bengkel Permintaan Industri, Pemetaan Keperluan dan Rangka Kerja Latihan Industri di Hotel dan Pusat Konvensyen Raia hari ini. Foto: Masrin Affirah

KUCHING: Sarawak komited memperkukuhkan pembangunan modal insan melalui Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta kerangka latihan industri sebagai sebahagian daripada Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) untuk mencapai status negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Menurut Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis, kadar kebolehpasaran graduan TVET kini telah mencecah 96 peratus setakat Oktober 2024.

“Ini membuktikan latihan berasaskan kemahiran serta keperluan industri mampu melahirkan tenaga kerja berkualiti.

“Menjelang 2025, kita menyasarkan peningkatan 20 peratus dalam enrolmen TVET dan 40 peratus enrolmen aliran sains. 

“Pada masa yang sama, kita mahu mengurangkan kadar pengangguran sebanyak 1.2 mata peratus,” katanya ketika merasmikan Bengkel Permintaan Industri, Pemetaan Keperluan dan Rangka Kerja Latihan Industri di Hotel dan Pusat Konvensyen Raia, hari ini.

DATUK Francis Harden Hollis berucap pada Bengkel Permintaan Industri, Pemetaan Keperluan dan Rangka Kerja Latihan Industri di Hotel dan Pusat Konvensyen Raia hari ini. Foto: Masrin Affirah

Beliau menegaskan TVET kekal sebagai tonggak pembangunan tenaga kerja, dengan sasaran 30 peratus tenaga kerja berkemahiran atau sekitar 500,000 pekerja menjelang 2030 dalam sektor bernilai tinggi seperti tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa, ekonomi digital dan pembuatan berteknologi tinggi.

“Kementerian kini memberi keutamaan kepada pelaksanaan rangka kerja latihan industri secara menyeluruh di seluruh negeri agar setiap graduan mendapat pendedahan sebenar sebelum menamatkan pengajian.

“Bengkel seperti ini tidak boleh sekadar berbincang, tetapi mesti menghasilkan hasil yang konkrit termasuk portal penempatan pelajar-industri yang diselaraskan, penubuhan Majlis Universiti-Industri Sarawak serta mekanisme semakan kurikulum berasaskan input industri,” jelasnya.

Menurut beliau, usaha tersebut sejajar dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, yang menuntut universiti dan rakan industri menunjukkan kemajuan nyata.

“PCDS 2030 hanya akan berjaya jika kita berupaya melaksanakan, bukan sekadar merancang. 

“Kita mesti pastikan sistem pendidikan Sarawak responsif, berdaya saing dan bersedia melahirkan tenaga kerja untuk masa depan,” tegasnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: CENTEXS Lawas jadi pemangkin masa depan teknologi, modal insan utara Sarawak
Next: SK Rumah Mentali komited perangi buli di sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.