Petronas, Petros mohon prosiding pendengaran tangguh selama sebulan

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuching iaitu kedua-dua pihak secara bersama memohon supaya prosiding pendengaran ditangguhkan selama sebulan.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata penangguhan itu diberikan bagi membolehkan rundingan yang sedang berlangsung di antara kedua-dua pihak dapat diteruskan.

“Pihak yang terlibat masih dalam rundingan dengan tujuan untuk mencapai penyelesaian,” katanya.

-Bernama