Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sultan Brunei lakukan lawatan negara ke Malaysia, hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-26
  • NASIONAL

Sultan Brunei lakukan lawatan negara ke Malaysia, hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-26

Utusan Sarawak 1 day ago
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah. Foto GAMBAR FAIL ROYAL PRESS OFFICE

PUTRAJAYA: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah akan berangkat ke Malaysia untuk lawatan negara mulai Isnin hingga Khamis, atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Lawatan itu akan disusuli Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei ke-26 (ALC), menurut kenyataan Kementerian Luar pada Ahad.

Sultan Hassanal Bolkiah akan diiringi Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, menteri-menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan Brunei semasa lawatan negara itu.

Menurut kementerian itu, Sultan Hassanal Bolkiah akan diberi sambutan negara di Istana Negara pada Selasa, diikuti dengan Kunjungan Menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Satu majlis santapan negara bagi meraikan Sultan Hassanal Bolkiah dan delegasi Brunei akan dihoskan oleh Sultan Ibrahim,” menurut kenyataan itu.

Sepanjang lawatan itu, Sultan Hassanal Bolkiah turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena ALC ke-26 pada Rabu.

ALC merupakan mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei yang menjadi wadah untuk kedua-dua pemimpin menilai kemajuan kerjasama sedia ada, menangani isu berbangkit serta bertukar pandangan mengenai hal serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Menurut kementerian itu, lawatan serta mesyuarat tahunan berkenaan mencerminkan hubungan istimewa yang lama terjalin antara Malaysia dan Brunei, sekali gus menegaskan komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama strategik untuk kemakmuran serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Pada 2024, Brunei merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM7.53 bilion (AS$1.77 bilion).

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2025, jumlah dagangan Malaysia-Brunei mencecah AS$690 juta (RM3.02 bilion), dengan eksport berjumlah AS$500 juta (RM2.18 bilion) dan import US$190 juta (RM840 juta). – Bernama

Continue Reading

Previous: Gempa bumi Segamat: Polis terima tiga laporan kerosakan harta benda
Next: Bom perang dunia kedua ditemui di Lahad Datu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.