Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dasar menyeluruh diperlukan bagi tangani krisis kesihatan mental
  • TEMPATAN

Dasar menyeluruh diperlukan bagi tangani krisis kesihatan mental

Utusan Sarawak 2 days ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian merasmikan Majlis Perasmian Latihan Kemahiran Kesihatan Mental dan Menyelamat Nyawa untuk Lions & Leos di Ibu Pejabat SUPP, Sa’ati Hall, hari ini.

KUCHING: Isu kesihatan mental memerlukan dasar baharu yang lebih komprehensif bagi memastikan ia dapat ditangani secara berkesan.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, kesihatan mental bukan sahaja berkaitan dengan aspek perubatan, malah turut mempunyai kaitan rapat dengan isu sosial dalam masyarakat.

“Kesihatan mental bukan lagi sekadar isu perubatan. Sama seperti pendidikan yang menjadi pemangkin transformasi ekonomi, kesihatan mental juga perlu dilihat sebagai isu menyeluruh yang menuntut pendekatan dasar baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Latihan Kesihatan Mental dan Kemahiran Menyelamat Nyawa untuk Lions dan Leos di Ibu Pejabat SUPP, Sa’ati Hall, di sini, hari ini.

Menurut Dr. Sim, isu kesihatan mental perlu ditangani dengan pendekatan menyeluruh melibatkan pelbagai agensi serta sokongan masyarakat.

KENANGAN…Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian merakam gambar kenangan bersama peserta dan hadirin yang hadir pada Majlis Perasmian Latihan Kemahiran Kesihatan Mental dan Menyelamat Nyawa untuk Lions & Leos di Ibu Pejabat SUPP, Sa’ati Hall, hari ini

“Ini bermakna semua pihak mesti bekerjasama merangka polisi baharu yang bukan sahaja menyentuh aspek kesihatan, tetapi juga pendidikan, sosial, ekonomi dan penguatkuasaan. Kita perlu fikir bentuk sokongan, sumber serta intervensi yang sesuai untuk membantu masyarakat,” ujarnya.

Katanya lagi, cabaran baharu seperti ketagihan Internet, buli siber dan pelbagai bentuk kecanduan moden menuntut penggubalan dasar lebih inklusif melalui kerjasama pelbagai pihak.

“Polisi baharu ini penting supaya intervensi yang dibuat tidak bersifat satu dimensi. Kesihatan mental perlu ditangani melalui pendekatan rentas sektor melibatkan kesihatan, pendidikan, kebajikan, undang-undang dan komuniti,” jelasnya.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Persatuan Kenyah Sarawak Cawangan Marudi juara Pertandingan Perarakan Budaya
Next: SLFA disaran jalin kerjasama dengan Unimas perkukuh industri penternakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.