Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 39 pendidik KEMAS sertai kursus Mandarin tingkat keyakinan bertutur
  • Tengah
  • WILAYAH

39 pendidik KEMAS sertai kursus Mandarin tingkat keyakinan bertutur

Utusan Sarawak 2 days ago
SEKITAR berlangsungnya Kursus Intensif Mandarin: Bertutur dengan Yakin Setiap Hari yang diadakan di Li Hua Hotel, Terminal Bas Sibu semalam.

SIBU: Seramai 39 pendidik KEMAS Parlimen Lanang menyertai Kursus Intensif Mandarin: Bertutur dengan Yakin Setiap Hari (Fast-Track Mandarin: Speak with Confidence Everyday) yang diadakan di Li Hua Hotel, Terminal Bas Sibu semalam.

Kursus sehari itu merupakan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) anjuran bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Lanang dengan Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu (KKSRCS).

Kursus berkenaan dikendalikan oleh pensyarah KKSRCS, Lynne Collin, dengan objektif meningkatkan keyakinan peserta untuk bertutur dalam bahasa Mandarin serta menguasai asas komunikasi harian.

Pengarah Kolej Komuniti Sarikei, Norasmah Jaafar berkata, penganjuran kursus itu membuktikan komitmen berterusan pihaknya untuk memperkasa masyarakat melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET).

“Kursus ini seiring dengan konsep TVET for All yang memberi peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira umur, latar belakang mahupun tahap pendidikan. Ia membantu meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kebolehpasaran diri,” katanya dalam satu kenyataan.

SEKITAR berlangsungnya Kursus Intensif Mandarin: Bertutur dengan Yakin Setiap Hari yang diadakan di Li Hua Hotel, Terminal Bas Sibu semalam.

Beliau menambah, penganjuran program tersebut membuktikan komitmen berterusan pihaknya dalam memperkasa pendidik dengan kemahiran komunikasi yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat majmuk di Sarawak.

“Saya percaya penguasaan bahasa Mandarin akan membuka ruang interaksi yang lebih luas antara pendidik dan komuniti, sekali gus memberi manfaat besar kepada proses pembelajaran,” ujarnya.

Kursus berkenaan menekankan gabungan teori dan amali, di mana peserta turut diberi peluang mempraktikkan penggunaan bahasa Mandarin dalam situasi sebenar yang dekat dengan kehidupan seharian mereka.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: RM422,450 disalurkan kepada 138 penerima di Parlimen Batang Sadong
Next: SABERKAS Meradong sasar kejayaan dalam KASUS Zon Tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.