Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ‘Uncle Marc’ jadi buruan Liverpool
  • SUKAN

‘Uncle Marc’ jadi buruan Liverpool

Utusan Sarawak 23 hours ago

Marc Guehi. Foto fail AFP

LONDON: Bintang Crystal Palace, Marc Guehi yang digelar ‘Uncle Marc’ oleh keluarganya kini dikaitkan dengan perpindahan ke juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool selepas mempamerkan aksi konsisten bersama The Eagles.

Pemain pertahanan tengah berusia 25 tahun itu, lahir di Ivory Coast sebelum berhijrah ke England ketika berusia setahun, menarik perhatian selepas menjadi tonggak kemenangan mengejut Palace menyingkirkan Manchester City dalam saingan Piala FA musim lalu selain membantu pasukannya menjulang Perisai Komuniti dengan menewaskan Liverpool menerusi penentuan penalti, dua minggu lalu.

Menurut Guehi, titik perubahan utama dalam kariernya hadir ketika dipinjamkan ke Swansea City pada 2019 hingga 2021.

“Saya boleh katakan tempoh di Swansea adalah detik penting. Datang dari akademi Chelsea ke sebuah kelab hebat yang menyambut saya dari awal… tidak bermain terus, terpaksa duduk di bangku simpanan, malah tidak tersenarai ke perlawanan.

“Ia pengalaman sukar yang banyak mengajar saya memahami dunia bola sepak,” katanya dalam temubual bersama BBC.

Guehi mengakui bekas rakan sepasukan di Swansea, Wayne Routledge dan Nathan Dyer banyak memberi nasihat berguna untuk membantunya kekal fokus.

“Mereka tekankan bahawa saya perlu terus jadi diri sendiri. Kalau bukan diri sendiri, apa gunanya?” katanya.

Menariknya, Guehi yang masih tinggal bersama keluarga di London, menganggap suasana di rumah adalah imbangan sempurna kepada tekanan karier profesionalnya.

“Di rumah, ada adik-beradik saya. Semua kelakar, saya boleh jadi diri sendiri. Kadangkala dalam bola sepak, kita kena berlakon atau pasang wajah tertentu. Ia persekitaran yang kejam, penuh ego. Tapi bila di rumah, saya boleh relaks. Keluarga adalah asas saya,” katanya.

Pemain antarabangsa England itu juga tidak menolak cita-cita untuk kekal beraksi sehingga usia 40 tahun, namun pada masa sama berminat menceburi dunia gusti WWE.

“Saya pandai bersembang depan mikrofon. Boleh buat orang percaya sama ada saya watak baik atau jahat,” katanya sambil ketawa.

Selain bola sepak, Guehi gemar menonton filem di pawagam, membaca buku dan mendengar muzik.

“Buku kegemaran saya ialah Fahrenheit 451 karya Ray Bradbury. Filem pilihan saya Limitless lakonan Bradley Cooper,” katanya.

Menyifatkan dirinya sebagai periang bersama keluarga, Guehi berkata gelaran ‘Uncle Marc’ itu lebih kepada gurauan kerana sikapnya yang suka ‘troll’.

“Saya nampak serius, tapi sebenarnya tidak. Dengan mereka, saya selalu bergurau,” katanya.

Apabila ditanya bagaimana dia mahu menggambarkan dirinya, Guehi dengan rendah diri menjawab: “Saya masih ada banyak kerja untuk dibuat.” – AFP

Continue Reading

Previous: Hadiah mewah, pemain golf gagal raih hadiah lumayan ‘hole-in-one’
Next: Aqib X Kampung Boy FC mara ke perlawanan akhir Liga Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.