Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • SHEDA usulkan cadangan baharu perkasa pembangunan hartanah Sarawak
  • BISNES

SHEDA usulkan cadangan baharu perkasa pembangunan hartanah Sarawak

Utusan Sarawak 12 hours ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama tetamu kehormat yang lain bergambar kenangan pada majlis perasmian Ekspo Hartanah SHEDA di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

KUCHING: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) hari ini mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan negeri bagi menyokong pembangunan hartanah dan kemampuan membeli rumah di Sarawak.

Presiden SHEDA, Augustine Wong Chung Ho, berkata cadangan itu termasuk penggunaan Dana Amanah Levi /HDRAS untuk pembeli rumah yang layak, pindaan Ordinan dan Peraturan Pembangunan Perumahan, serta geran bagi SHEDA:Persidangan ENCORE sebagai platform perkongsian ilmu dan inovasi industri.

“Langkah ini penting untuk memastikan rumah yang dibina tersedia, mampu milik dan mudah diakses oleh rakyat, terutamanya selepas peluasan SST yang menjejaskan kemampuan membeli.

“Melalui SHEDA:Persidangan ENCORE dan Institut SHEDA, kami berharap dapat memacu pembelajaran, penyelidikan dan inovasi dalam sektor hartanah tempatan serta menyediakan peluang kepada generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Ekspo Hartanah SHEDA dan SHEDA:Persidangan ENCORE 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Pada majlis yang sama, logo baharu Institut SHEDA turut dilancarkan, serta penyampaian anugerah iaitu Anugerah Imej Korporat kepada Lafrowda Sdn Bhd, Anugerah Kreativiti kepada Elica Sdn Bhd dan Anugerah Gerai Terbaik kepada Lee Onn Development Sdn Bhd.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee; Naib Presiden SHEDA, Louis Ting; Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, SHEDA Property Expo 2025, Peter Lau Hui Han dan lain-lain. 

Oleh Amanda L. 

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi, indeks komposit naik 4.8 mata
Next: PCDS 2030: Sarawak rancang bina 20,000 unit rumah mampu milik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.