Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Remaja Sarawak paling ramai guna vape – NHMS 2022
  • TEMPATAN

Remaja Sarawak paling ramai guna vape – NHMS 2022

Utusan Sarawak 16 hours ago
SIDANG MEDIA… Dato Sri Fatimah Abdullah bercakap pada sidang media di Bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

PETRA JAYA: Sarawak merekodkan kadar penggunaan rokok elektronik atau vape tertinggi di Malaysia dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 17 tahun, menurut Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022.

Seramai 39,608 remaja direkodkan menggunakan vape pada tahun tersebut, meningkat berbanding 23,733 orang pada 2017. 

Kadar penggunaan turut meningkat bagi penduduk berumur 15 tahun ke atas daripada 4.5 peratus pada 2019 kepada 7.3 peratus pada 2023.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, trend ini membimbangkan apabila terdapat usaha mencampurkan cecair rokok elektronik atau vape dengan bahan terlarang seperti dadah sintetik.

“Ia bukan sahaja merosakkan kesihatan awam, malah memberi ancaman kepada keselamatan masyarakat,” katanya pada sidang media di Bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian melalui Majlis Pembangunan Sosial (MPS) akan melaksanakan program advokasi, kesedaran dan pencegahan bersama agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan serta pertubuhan bukan kerajaan.

Pada masa sama, tindakan penguatkuasaan terus dijalankan dengan rampasan besar-besaran oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada 20 Jun 2025 yang melibatkan 4,958 katrij cecair vape mengandungi dadah jenis kokain bernilai RM7.2 juta.

Sejak 2023, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak turut merekodkan sembilan kes melibatkan 15 tangkapan serta rampasan 209.55 mililiter cecair vape bercampur bahan terlarang.

Dalam usaha membanteras penularan vape, pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan diperluaskan kepada pihak berkuasa tempatan bagi memperkukuh penguatkuasaan undang-undang tersebut di seluruh Sarawak.

“Pengharaman vape di Sarawak akan dilaksanakan secara berperingkat. 

“Sementara itu, kerajaan akan terus menyokong program pencegahan dan intervensi bagi membantu individu yang berdepan masalah ketagihan sebelum pengharaman sepenuhnya dikuatkuasakan,” jelasnya.

Fatimah turut mengingatkan masyarakat bahawa penggunaan vape memberi kesan buruk terhadap kesihatan fizikal, psikologi, ketagihan dan sosial, termasuk risiko neurotoksik kepada otak remaja yang masih berkembang.

“Kerajaan Sarawak kekal komited untuk melaksanakan langkah pencegahan serta menyeru semua pihak berganding bahu membanteras penagihan vape di negeri ini,” ujarnya.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: KKM jalankan pemetaan pengamal, amalan perubatan tradisional
Next: DASwk anjur dua acara amal sempena Bulan Disleksia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.