Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penerima Knight of the Order of St Sylvester, Sir Adrian Ringgau meninggal dunia
  • Tengah
  • WILAYAH

Penerima Knight of the Order of St Sylvester, Sir Adrian Ringgau meninggal dunia

Utusan Sarawak 17 hours ago
BEKAS PEMIMPIN MASYARAKAT IBAN….Sir Adrian Ringgau telah meninggal dunia di kediamannya No. 29A, Jalan Au Yong sekitar 3.00 petang semalam.

SIBU: Bekas pemimpin masyarakat Iban dan merupakan penerima anugerah Knight of the Order of St Sylvester, Sir Adrian Ringgau telah meninggal dunia di kediamannya No. 29A, Jalan Au Yong sekitar 3.00 petang semalam.

Isterinya, Hilda Tunggang, 85, berkata, mendiang Andrian telah lama sakit, dan doktor memaklumkan bahawa usianya terlalu tua untuk melawan penyakit.

“Beliau telah lama sakit, doktor memaklumkan bahawa usianya terlalu tua untuk melawan penyakit,” katanya.

Pasangan itu dikurniakan seramai lapan orang anak terdiri lima lelaki dan tiga perempuan yang semuanya memiliki ijazah sarjana.

Mendiang Adrian telah digantikan dengan Temenggong Stanley Geramong Bandar sebagai pemimpin masyarakat Iban di Sibu.

Sementara itu, Stanley berkata, mendiang adalah seorang yang penyabar, berdedikasi, serta gemar mengajar dan membimbing orang lain.

“Mendiang adalah seorang yang sangat rendah hati,” katanya.

Mendiang Adrian dilahirkan pada 27 Julai 1933 di Kanowit, telah mendedikasikan 33 tahun hidupnya dalam perkhidmatan awam, berkhidmat di pelbagai jabatan kerajaan termasuk kesihatan, pertanian dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pada 2003, Paus John Paul II telah menganugerahkan gelaran ‘Sir’ kepada mendiang sebagai Knight of the Order of St Sylvester, bagi mengiktiraf komitmen dan sumbangannya yang tidak berbelah bahagi kepada agama Kristian.

Selain kerjayanya dalam perkhidmatan awam, mendiang juga pernah berkhidmat sebagai Pemanca dan kemudiannya Temenggong, menguruskan hal ehwal banyak rumah panjang Iban di beberapa daerah.

Walaupun hanya menerima pendidikan rendah, penguasaan mendiang dalam bahasa Inggeris yang sangat fasih dan cemerlang telah menjadikannya sangat dihormati dan diiktiraf.

Kepimpinan beliau turut meliputi peranan sosial dan keagamaan, termasuk menjadi ahli Majlis Paroki Sacred Heart dan Pasukan Penterjemah Alkitab Iban.

Selain itu, mendiang juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Kumpulan Tindakan Awam di bawah Perintah Keselamatan Kawasan Rajang (Rascom) pada 1970-an di zaman Komunis, yang mana mendiang bertanggungjawab memindahkan penduduk rumah panjang ke Skim Penempatan Semula Sekuau.

Pada 2001, mendiang telah menerima Anugerah Ibu Bapa Contoh daripada Yayasan Tun Jugah, sebagai penghargaan terhadap nilai kekeluargaan dan sumbangannya kepada masyarakat.

Sementara itu, majlis penghormatan terakhir mendiang akan diadakan di kediamannya di No. 29A, Jalan Au Yong di sini sebelum dikebumikan di Taman Peringatan Nirvana.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program LCDA Prihatin ringankan beban 71 penerima di Kampung Santubong
Next: 760 anak pokok ditanam di Hutan Simpan Sabal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.