Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SPRM cadang perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi disiar secara langsung
  • NASIONAL

SPRM cadang perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi disiar secara langsung

Utusan Sarawak 1 day ago
KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki (tengah), pada sidang media sempena Majlis Penutup Konvensyen Mahasiswa Antirasuah (KOMAWAR) 2025 di Universiti Multimedia, baru-baru ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan supaya prosiding perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi disiarkan secara langsung bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap proses kehakiman.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata ini kerana ada segelintir pihak menggunakan media sosial untuk memanipulasi fakta yang didedahkan di mahkamah sehingga menyebabkan berlaku tomahan-tomahan tidak sepatutnya.

“Antara cadangan adalah untuk membenarkan penstriman langsung perbicaraan kes rasuah supaya orang ramai dapat mengikuti prosiding secara telus, jika ini dilaksanakan ia menunjukkan ketelusan kerajaan dan orang ramai boleh menilai sendiri perjalanan kes tersebut,” kata beliau pada sesi khas bersama media di sini hari ini.

SPRM turut mencadangkan supaya lokap agensi penguat kuasa di seluruh negara dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV) yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan ketelusan dan menangani isu salah laku.

Azam berkata ini kerana wujud aduan mengenai isu rasuah, ketidakpatuhan serta kelemahan dalam pemantauan di lokap-lokap agensi penguat kuasa yang masih menggunakan CCTV lama.

“CCTV amat penting untuk memastikan akauntabiliti, CCTV yang ada sekarang banyak yang telah ketinggalan zaman dan berbentuk stand-alone dan tidak disambungkan ke pusat kawalan.

“Pada masa ini, CCTV canggih yang lengkap dengan teknologi AI amat diperlukan untuk memantapkan proses pemantauan dan akauntabiliti di lokap,” katanya– Bernama

Continue Reading

Previous: RMK13: Kajian had persaraan penjawat awam kepada 65 tahun
Next: Insiden pesawat TUDM: Anak kapal berjaya laksana prosedur kecemasan sebelum terhempas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.