Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Warisan Samarkand inspirasi perkembangan ilmu falak di Sarawak
  • PENDIDIKAN

Warisan Samarkand inspirasi perkembangan ilmu falak di Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
DATU Kipli Yassin menyampaikan cenderahati kepada Yang Dipertua MIS, Datuk Misnu Taha (tengah) yang hadir merasmikan Seminar Falak bertemakan Inspirasi Warisan Samarkand Memacu Ummah Maju di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Warisan ilmu dan tamadun Islam dari Samarkand dijadikan inspirasi dalam memperkembangkan ilmu falak di Sarawak seiring usaha melahirkan masyarakat beriman, maju dan makmur.

Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin berkata, sempena sambutan 70 tahun Majlis Islam Sarawak (MIS), Seminar Falak yang diadakan di Bintulu memberi penekanan kepada kepentingan ilmu falak sebagai sebahagian agenda pembangunan ummah yang seimbang duniawi dan ukhrawi.

Menurut beliau, keseimbangan itu penting dalam memastikan langkah pembangunan selari dengan rahmat Allah SWT dan memberi manfaat besar kepada kehidupan manusia.

“Seminar kali ini memberi tumpuan besar kepada ketokohan Ulugh Beg yang walaupun berdepan cabaran pada zamannya, tetap memperkembangkan dan memantapkan penguasaan ilmu falak. 

“Keupayaannya melahirkan mekanisme dan ukuran peralatan falak tanpa teknologi moden seharusnya menjadi inspirasi kepada kita,” katanya pada Majlis Seminar Falak bertemakan Inspirasi Warisan Samarkand Memacu Ummah Maju di Bintulu, hari ini.

DATU Kipli Yassin berucap pada Majlis Seminar Falak bertemakan Inspirasi Warisan Samarkand Memacu Ummah Maju di Bintulu, hari ini.

Menurutnya, warisan Samarkand bukan sekadar tinggal sejarah, sebaliknya perlu dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan masa kini bagi memastikan tamadun manusia terus berkembang dengan hubungan seimbang antara diri, masyarakat, alam sekitar dan Allah SWT.

Tambah beliau, sejarah lalu perlu dijadikan panduan di mana yang baik dicontohi dan yang kurang baik diperbaiki agar umat Islam dapat melakar sejarah baharu demi kemajuan.

Seminar tersebut turut menekankan sumbangan Samarkand dalam perkembangan intelektual, seni budaya dan seni bina yang menjadi asas kepada tamadun manusia yang berdaya tahan.

Program berkenaan menghimpunkan peserta dari seluruh Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia serta Sarawak termasuk golongan muda dari universiti, kolej dan sekolah.

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Bukan sekadar alih bahasa, terjemahan cerminan warisan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.