Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 11 individu ditahan gagal patuh syarat kehadiran AADK Miri
  • JENAYAH

11 individu ditahan gagal patuh syarat kehadiran AADK Miri

Utusan Sarawak 18 hours ago
TAHAN… Pegawai AADK Miri ketika menahan salah seorang suspek dalam operasi dijalankan baru-baru ini, kesemua suspek ditahan akan dihantar ke PUSPEN Kuching bagi menjalani pemulihan.

MIRI: Seramai tujuh individu dari Daerah Subis dan empat lagi dari Miri telah ditahan selepas gagal mematuhi syarat kehadiran yang ditetapkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri.

Menurut kenyataan AADK Miri, kesemua 11 individu yang merupakan penagih dadah dan sebelum ini dikenakan jaminan, telah ditahan semula dalam Operasi Kesan yang dijalankan baru-baru ini.

Katanya, kesemua mereka telah diperintahkan untuk menjalani rawatan dan pemulihan di institut mengikut peruntukan Seksyen 6 (1) (a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998).

“Mereka akan ditempatkan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching bagi menjalani rawatan selama dua tahun.

“Selain itu, tiga individu lain turut diperintahkan menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti selama dua tahun di bawah Seksyen 6(1)(b) akta sama,” katanya.

Menurut beliau, operasi itu menegaskan komitmen berterusan AADK dalam memastikan kepatuhan terhadap perintah jaminan serta usaha serius memulihkan individu terlibat dengan penagihan dadah.

Tambah beliau, operasi yang diadakan baru-baru ini telah bermula seawal 8.00 pagi dengan melibatkan lapan pegawai AADK dan dilaksanakan di beberapa lokasi berasingan sekitar Subis dan Miri.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 47 PATI ditahan Ops Sapu di Lundu
Next: Online car purchase scam leaves Kuching man RM120,000 poorer

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.