Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Zespri jangka pulangan tertinggi penanam kiwi musim 2025/26
  • GLOBAL

Zespri jangka pulangan tertinggi penanam kiwi musim 2025/26

Utusan Sarawak 1 day ago

KETUA Pegawai Eksekutifnya, Jason Te Brake berkata pemasaran buah kiwi New Zealand purata pulangan sehektar dijangka mencapai paras tertinggi bagi semua varieti kecuali SunGold dan Organik Hijau. 


WELLINGTON: Pemasar buah kiwi New Zealand, Zespri menjangkakan pulangan rekod kepada penanam pada musim 2025/26 merentasi kebanyakan kategori buah, lapor Xinhua.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jason Te Brake dalam kenyataan dikeluarkan pada Rabu berkata purata pulangan sehektar dijangka mencapai paras tertinggi bagi semua varieti kecuali SunGold dan Organik Hijau. 

Ia mencerminkan permulaan musim yang kukuh serta jualan memberangsangkan di pasaran utama.

Eropah muncul sebagai pasaran utama dengan jualan melebihi dua juta kotak setiap minggu selama tiga bulan berturut-turut. Keadaan ini mendorong Zespri mengalihkan sebahagian bekalan dari Asia berikutan permintaan lebih lemah, menurut kenyataan itu.

“Zespri kini memberi tumpuan untuk menamatkan musim dengan kukuh dan memaksimumkan nilai kepada penanam apabila jualan memasuki separuh kedua musim,” kata Te Brake.

Selepas mencapai sasaran 2025 dengan jualan NZ$4.5 bilion (AS$2.62 bilion), syarikat itu kini menyasarkan aspirasi 2035 untuk muncul sebagai jenama buah sihat terkemuka dunia, katanya.

Diasaskan pada 1997 sebagai koperasi penanam kiwi New Zealand, Zespri kini bekerjasama dengan kira-kira 2,800 penanam tempatan dan 1,500 penanam antarabangsa, menurut syarikat itu.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Kediaman, sekolah rosak akibat gempa bumi di Jawa Barat – Agensi Bencana Indonesia
Next: Komponen Pesawat Boeing 737 Delta Air Lines tanggal semasa penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.