Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • SFC, Polis Marin berjaya bongkar dua kes pemilikan telur penyu haram
  • JENAYAH

SFC, Polis Marin berjaya bongkar dua kes pemilikan telur penyu haram

Utusan Sarawak 13 hours ago
SEORANG lelaki berjaya ditahan kerana miliki telur penyu.

KUCHING: Usaha berterusan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) bersama Polis Marin dalam membanteras jenayah hidupan liar sekali lagi membuahkan hasil apabila dua kes berasingan melibatkan pemilikan telur penyu secara haram berjaya dibongkar minggu lalu di sini dan Sematan.

Dalam kes pertama pada 18 Ogos lalu, seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dan denda RM50,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah memiliki 732 biji telur penyu di sebuah rumah di Jalan Batu Kawa Resettlement Scheme.

Manakala pada 19 Ogos, seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana memiliki 93 biji telur penyu di sebuah ladang getah di Sematan.

SIASATAN mendapati semua telur yang dirampas adalah daripada keluarga cheloniidae.

Siasatan mendapati semua telur yang dirampas adalah daripada keluarga cheloniidae iaitu spesies yang dikategorikan sebagai haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Bahagian I Jadual Pertama Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

Mengikut ordinan berkenaan, sesiapa yang didapati bersalah memiliki mana-mana bahagian daripada spesies yang dilindungi sepenuhnya boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun serta denda RM25,000 bagi setiap bahagian haiwan tersebut.

SFC dalam kenyataannya menegaskan bahawa penyu laut merupakan spesies yang amat terancam dan aktiviti pengambilan serta perdagangan telur penyu secara haram mengancam kemandirian spesies berkenaan.

Setiap sebiji telur yang dicuri adalah satu peluang yang hilang untuk seekor penyu kembali bertelur di pantai kita pada masa hadapan.

Orang ramai diingatkan bahawa membeli, menjual atau memakan telur penyu adalah satu kesalahan jenayah.

SFC bersama agensi penguatkuasaan lain akan terus memperhebatkan operasi di bawah Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bagi memastikan khazanah alam semula jadi Sarawak terus terpelihara.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti haram berkaitan hidupan liar diminta segera membuat laporan di talian berikut Kuching: 019-8859996, Sibu: 019-8883561, Bintulu: 019-8332737 dan Miri: 019-8290994.

Oleh Norman B

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan dua suspek samun acu pistol tiruan di Sibu
Next: Ops Sohor: Kegiatan seludup berkemungkinan didalangi segelintir penguat kuasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.