PEMAIN di ranking ke-116 dunia, Shelby Rogers mengejutkan pilihan utama kejohanan yang juga rakan senegara dari Amerika Syarikat (AS) Sarena Willams pada saingan suku akhir di Terbuka Top Seed, awal pagi semalam.
Dia menyingkirkan Serena untuk terus mara ke peringkat separuh akhir dengan 1-6, 6-4, 7-6 (7/5) dalam aksi dua jam dan tujuh minit, serta mengetepikan juara Grand Slam 23 kali itu menerusi servis kemenangan.
Kekalahan itu merupakan kekalahan pertama Sarena kepada lawan luar dari kelompok ranking 100 Teratas WTA sejak 2012.
“Ia adalah impian setiap kanak-kanak untuk bangkit melakukan sesuatu seperti ini. Keadaan pelik. Situasi pelik. Tetapi kemenangan adalah kemenangan, ” kata Shelby.
Kejohanan gelanggang keras AS berlangsung di Lexington, Kentucky, dianjurkan dalam langkah pencegahan ketat berikutan pandemik Covid-19 yang meletakkan Serena antara pemain pilihan sejak penampilan Piala Fed pada Februari lalu.
Sarena yang menewaskan kakaknya pada khamis lepas tidak pernah tewas kepada pemain dalam kelompok 100 teratas sejak tumpas kepada pemain Perancis, Virginie Razzano pada pusingan pertama Terbuka Perancis 2012.
Dia yang beraksi dalam perlawanan tersebut sebagai persediaan untuk Terbuka AS, yang dijadualkan bermula pada 31 Ogos yang akan memburu kejuaraan ketujuh di gelanggang keras New York untuk menyamai pencapai rekod sepanjang zaman, Margaret Court – kejuaraan Grand Slam sebanyak 24 kali.
Shelby mara ke peringkat separuh akhir WTA pertamanya sejak Rio pada 2016 dijadualkan berdepan pemain tangan kiri dari Switzerland dan ranking ke-63, Jil Teichmann, yang mengetepikan seorang lagi pemain AS, Catherine Bellis 6-2, 6-4.
Dia yang akan kembali ke kelompok 100 Teratas WTA minggu depan, mara ke peringkat suku akhir pertamanya sejak Mei 2017 berikutan tidak dapat beraksi dalam kejohanan susulan kecederaan lutut kiri yang dialami pada 2018.-AFP