Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bintulu tuan rumah Sambutan Hari Malaysia 2025
  • SEMASA

Bintulu tuan rumah Sambutan Hari Malaysia 2025

Utusan Sarawak 13 hours ago
Dato’ Sri Dr. Stephen Rundi Utom (dua kiri) menyerahkan surat jemputan kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua kanan) bagi menyempurnakan Sambutan Hari Malaysia 2025. Turut kelihatan Datu Hamdan Sharbini (kiri) dan Datu Nyurak Keti (kanan). Foto JAPEN

KUCHING: Bintulu diumumkan sebagai tuan rumah Sambutan Hari Malaysia 2025 yang akan berlangsung pada 16 September dengan tema ‘Sarawak Maju Makmur Dalam Malaysia’.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2025 Sarawak berkata, program sambutan akan bermula selama dua hari.

Ia akan dimulakan dengan majlis kesyukuran keagamaan anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) pada 14 September, diikuti majlis di Masjid Asy-Syakirin pada 15 September.

Kemuncak sambutan akan berlangsung pada malam 16 September di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu dijangka menghimpunkan lebih 10,000 pengunjung dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut beliau, sambutan ini bukan sahaja meraikan Hari Malaysia tetapi turut memperlihatkan pencapaian pembangunan Sarawak khususnya Bintulu yang diiktiraf sebagai kluster industri di peringkat antarabangsa termasuk Forum Ekonomi Dunia.

Stephen Rundi menegaskan pembangunan kawasan perindustrian seperti Samalaju, Jepak dan Kidurong serta projek ikonik Jambatan Tun Taib Mahmud yang menghubungkan pusat bandar Bintulu ke Jepak adalah bukti kemajuan pesat Sarawak.

Tambahnya, sambutan itu akan menampilkan pencapaian Sarawak dari aspek infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, bekalan elektrik dan air bersih yang menjadi pilar kejayaan menuju Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) sekali gus menjadikan negeri ini negeri berpendapatan tinggi.

Beliau menegaskan, perhatian utama akan tertumpu kepada aspek keselamatan sambutan dengan kerjasama kerajaan Persekutuan bagi memastikan kelancaran penganjuran secara keseluruhan.

Turut hadir Residen Bahagian Bintulu Datu Nyurak Keti, Pengarah Unit Protokol dan Pengurusan Acara Negeri (UPPAN) Datu Hamdan Sharbini dan ketua-ketua Jabatan dari pelbagai Jabatan dan agensi.

-JAPEN

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima kunjungan Dato’ Tom Abang Saufi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.