Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 129 warga SK Abang Leman Kabong sertai program kesedaran keselamatan APM
  • Selatan
  • WILAYAH

129 warga SK Abang Leman Kabong sertai program kesedaran keselamatan APM

Utusan Sarawak 13 hours ago

129 murid, guru dan kakitangan SK Abang Leman Kabong telah menyertai PROKSPA yang dianjurkan oleh APM Daerah Saratok, semalam. Foto: APM Saratok

KABONG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok terus memperkukuh usaha melahirkan masyarakat peka terhadap aspek keselamatan dengan menganjurkan Program Awalan Kesedaran Keselamatan (PROKSPA) di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman di sini, semalam.

Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, program itu berjaya menarik penyertaan seramai 129 murid, guru dan kakitangan sekolah berkenaan. 

Beliau menegaskan bahawa pendedahan awal seperti ini amat penting bagi membentuk budaya kesiapsiagaan dalam kalangan warga sekolah.

Melalui PROKSPA katanya, peserta didedahkan dengan silibus praktikal termasuk asas pertolongan cemas, pengurusan luka dan teknik balutan, serta latihan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

129 murid, guru dan kakitangan SK Abang Leman Kabong telah menyertai PROKSPA yang dianjurkan oleh APM Daerah Saratok, semalam. Foto: APM Saratok

Selain itu, teknik memberi bantuan kes tersedak dan kaedah mengendalikan haiwan berbisa turut dipraktikkan.

“Pendedahan ini bukan sahaja memberi kemahiran asas kepada murid, malah meningkatkan keyakinan mereka untuk bertindak bijak ketika kecemasan,” jelasnya.

Tambah beliau, PROKSPA dirangka sebagai platform untuk mengajar langkah pencegahan awal, sekali gus menyemai nilai keprihatinan terhadap keselamatan diri dan orang lain dalam situasi kecemasan atau bencana.

129 murid, guru dan kakitangan SK Abang Leman Kabong telah menyertai PROKSPA yang dianjurkan oleh APM Daerah Saratok, semalam. Foto: APM Saratok

Program itu turut mendapat maklum balas positif daripada pihak sekolah yang menyifatkannya sebagai inisiatif berimpak tinggi, selari dengan usaha kerajaan memperkukuh pendidikan keselamatan di peringkat akar umbi.

Dengan penganjuran PROKSPA, APM Daerah Saratok berharap agar lebih banyak sekolah di daerah itu dan sekitarnya dapat dijadikan lokasi program seumpama ini bagi memastikan ilmu keselamatan dapat disebarkan secara meluas kepada generasi muda.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PLF KEMAS Marudi semarak bulan kemerdekaan dengan kraf patriotik
Next: George Lam calls for dialogue on ART construction at Taman Stutong Indah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.