Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • TUDM sahkan pendaratan kecemasan pesawat latihan di LTSAH
  • NASIONAL

TUDM sahkan pendaratan kecemasan pesawat latihan di LTSAH

Utusan Sarawak 2 days ago
Gambar fail. Foto Bernama

ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlakunya insiden pendaratan kecemasan melibatkan sebuah pesawat latihan Pilatus PC-7 MkII di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), di sini hari ini.

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, kejadian berlaku pada 11.26 pagi tadi.

“Pesawat tersebut diterbangkan oleh pelatih Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1), Kolej Tentera Udara yang sedang menjalani latihan penerbangan solo. Pelatih tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, TUDM akan menubuhkan satu lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan buat masa ini, pengoperasian latihan penerbangan di INSPEN 1 diteruskan seperti biasa.

Terdahulu, Malaysia Airports menerusi hantaran di laman sosialnya memaklumkan LTSAH ditutup sementara susulan insiden tersebut dan bagi membolehkan kerja-kerja mengalihkan pesawat dan membersihkan landasan di lapangan terbang itu.

Landasan berkenaan dibuka semula pada 3.00 petang selepas mendapat kelulusan keselamatan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan operasi penerbangan di LTSAH kembali berjalan seperti biasa.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Pertuduhan terhadap lima remaja berhubung buli, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina – AGC
Next: Cadangan tubuh tribunal bagi kes buli kanak-kanak akan dibawa ke kabinet – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.