Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 berlangsung di MITEC 25 Oktober ini
  • NASIONAL

Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 berlangsung di MITEC 25 Oktober ini

Utusan Sarawak 2 days ago
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada 25 Oktober ini bertemakan ‘Kemakmuran Melalui Perpaduan dalam Kepelbagaian’.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sesi taklimat penganjuran LBAS 2025 telah berlangsung hari ini yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bagi membincangkan persiapan serta pelaksanaan program berkenaan.

“Taklimat disampaikan Sarawak Volunteers (SV) merangkumi atur cara program, penglibatan jabatan serta agensi berkaitan, selain pemilihan jawatankuasa baharu untuk memastikan kelancaran penganjuran,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Nanta berkata hasil taklimat itu, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi LBAS tahun ini.

Beliau berkata LBAS berperanan sebagai platform merapatkan hubungan kepimpinan negeri dengan anak-anak Sarawak di Semenanjung, sekali gus memperkukuh semangat ‘Segulai Sejalai’ serta menyemarakkan rasa bangga terhadap identiti Sarawak.

LBAS 2025 dijadual berlangsung dari 8.30 pagi hingga 10.00 malam dan dijangka menghimpunkan ribuan anak Sarawak dari seluruh Semenanjung.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Lambakan ‘wartawan jadian’ kes Zara Qairina cetus kegusaran
Next: Pertuduhan terhadap lima remaja berhubung buli, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina – AGC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.