Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lambakan ‘wartawan jadian’ kes Zara Qairina cetus kegusaran
  • NASIONAL

Lambakan ‘wartawan jadian’ kes Zara Qairina cetus kegusaran

Utusan Sarawak 1 day ago
Logo Majlis Media Malaysia (MMM).

KUALA LUMPUR: Majlis Media Malaysia (MMM) mengingatkan pengamal media agar mematuhi sepenuhnya kod etika kewartawanan dan prinsip perlindungan kanak-kanak ketika melaporkan kes Zara Qairina Mahathir. 

MMM dalam kenyataan hari ini mengingatkan ia termasuk tidak menyiarkan butiran yang boleh mengenal pasti atau memberi stigma kepada mangsa serta keluarga.

MMM berkata laporan yang bertanggungjawab harus menekankan aspek keadilan dan kepentingan awam, bukan eksploitasi atau keuntungan.

“MMM mengingatkan semua organisasi media dan pengamalnya bahawa kanak-kanak tidak boleh dijadikan bahan liputan sensasi, soal siasat yang melampau, atau pendedahan yang boleh membawa kepada trauma atau bahaya tambahan. 

“Dalam kes buli serta inkues yang melibatkan individu bawah umur – maruah, privasi dan keselamatan kanak-kanak mesti sentiasa diutamakan, selaras dengan hak mereka untuk mendapat perlindungan penuh di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611),” menurut kenyataan itu.

MMM berkata pihaknya memandang serius perkembangan terkini berkaitan liputan kes tersebut, sekali gus menuntut tanggungjawab lebih besar daripada media untuk memastikan laporan adalah tepat, beretika dan penuh kepekaan.

Sehubungan itu MMM menyeru semua pengamal media untuk melaksanakan tugas dengan penuh disiplin dan profesionalisme kerana kewartawanan beretika adalah satu-satunya jalan untuk melindungi golongan rentan serta menjaga integriti profesion kewartawanan.

Selain itu MMM juga menyatakan kebimbangan mengenai laporan Persatuan Wartawan Sabah (SJA) mengenai insiden wartawan dikatakan diganggu oleh individu tidak bertauliah semasa sidang media inkues kes Zara Qairina baru-baru ini.

“Menurut SJA, individu yang tidak bertauliah telah memasuki zon media, berdiri terlalu dekat dengan wartawan wanita, mengganggu liputan, dan kemudian menjana keuntungan melalui siaran langsung tidak rasmi.

“Perkara ini membahayakan keselamatan wartawan, menjejaskan laporan profesional, serta mengelirukan orang awam,” menurut kenyataan itu.

Pada 12 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha itu selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia berhubung kes tersebut.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Sabah, pada 17 Julai, selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah berkenaan pada pagi 16 Julai.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Zara Qairina: Media berdaftar perlu diberi akses utama demi laporan tepat
Next: Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 berlangsung di MITEC 25 Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.