Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Harga meningkat, tanaman koko mampu jana pulangan lumayan
  • TEMPATAN

Harga meningkat, tanaman koko mampu jana pulangan lumayan

Utusan Sarawak 2 days ago


KUCHING:  Harga koko dunia kini mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan, sekali gus menjadikan tanaman tersebut sebagai komoditi berpotensi tinggi dalam menjana pulangan lumayan.

Lembaga Koko Malaysia (LKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pada 2024, purata harga biji koko kering meningkat sebanyak 141 peratus kepada RM24,274 satu tan metrik berbanding RM10,073 pada tahun sebelumnya.

“Program Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan akan dilaksanakan oleh LKM bermula 2025 hingga 2030 dengan peruntukan sebanyak RM550,000 setahun.

“Melalui program ini, LKM akan mengagihkan anak benih koko berkualiti tinggi secara percuma, menyediakan bimbingan teknikal, latihan amali serta pemantauan berterusan bagi memastikan penanaman koko dijalankan mengikut amalan pertanian terbaik,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, katanya penglibatan syarikat perladangan di Malaysia melibatkan kawasan seluas 360 hektar. 

Syarikat yang terpilih menyertai program berkenaan akan menerima insentif berupa 5,000 anak pokok koko berkualiti tinggi bernilai RM50,000, di samping khidmat nasihat teknikal termasuk pembangunan nurseri, sistem tanaman dan lain-lain, katanya. 

“Dalam tempoh lima tahun, Program Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan menyasarkan penambahan keluasan tanaman koko sebanyak 2,750 hektar di seluruh negara.

“Sektor perladangan merupakan pemacu penting dalam meningkatkan pengeluaran koko secara mampan bagi memenuhi permintaan pengilang tempatan, di samping menyokong usaha menjadikan Malaysia sebagai pengeluar koko premium dan biji koko ‘single origin’ yang semakin mendapat tempat di pasaran dunia,” kata LKM.

Terdahulu, LKM menganjurkan Program Libat Urus Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan bagi Wilayah Sarawak yang diadakan di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Cheah Chee Fong.

Program berkenaan bertujuan memberi penerangan mengenai insentif yang ditawarkan kepada syarikat perladangan untuk mengusahakan tanaman koko serta potensi industri tersebut. 

Ia dihadiri 94 peserta terdiri daripada syarikat-syarikat perladangan, pengusaha individu, kelompok petani serta wakil agensi kerajaan berkaitan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Chong urges state to prioritise expansion of Kuching International Airport
Next: Terjemahan kunci perkukuh warisan linguistik, budaya Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.