Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Badminton Dunia 2025: Herry guna analisis video rangka strategi beregu negara
  • SUKAN

Kejohanan Badminton Dunia 2025: Herry guna analisis video rangka strategi beregu negara

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi.

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi menggunakan analisis rakaman video bagi memperhalusi strategi untuk pemain kebangsaan menjelang Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris bermula 25 Ogos ini.

Beliau berkata pendekatan itu membantunya mengenal pasti kelebihan dan kekurangan bukan sahaja pasangan lawan tetapi juga kelemahan anak buahnya sendiri untuk diperbaiki sebelum turun ke gelanggang.

“Biasanya saya menggunakan analisis video dan berbincang bersama pemain dalam merangka pelan strategi berdepan pihak lawan dan dari situ kita dapat lihat di mana aspek yang perlu diperbaiki. Ini cara kita mencari perbezaan kecil yang menentukan kemenangan pada hari perlawanan.

“Namun, tidak boleh menggunakan (video) analisis yang sudah lama kerana pemain boleh berubah melalui latihan, jadi kita perlu lihat yang terkini seperti di Terbuka Jepun dan Terbuka China bulan lepas,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini hari ini.

Kejohanan Badminton Dunia 2025 menyaksikan Malaysia menurunkan pasangan teramai membabitkan empat beregu lelaki menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King serta pasangan profesional Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Aaron-Wooi Yik mencipta sejarah pada edisi 2022 selepas menjadi wakil negara pertama meraih emas dalam kejohanan terbabit selepas menewaskan bekas juara dunia dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan.

Dalam pada itu, Herry meletakkan harapan kepada gandingan nombor tujuh dunia, Wei Chong-Kai Wun untuk melepasi cabaran suku akhir dan seterusnya berpotensi berdepan pilihan pertama Kim Won Ho-Seo Seung Jae selepas kekalahan mereka kepada pasangan Korea Selatan di suku akhir Terbuka Jepun.

Jurulatih kelahiran Indonesia itu juga memaklumkan yang persiapan skuad negara sedikit terjejas susulan Wan Arif mengalami demam, namun pemain itu kini semakin pulih.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ben Doak dari Liverpool sertai Bournemouth
Next: Salah cipta sejarah raih gelaran ketiga Pemain Terbaik PFA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.