Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek HDA perkasa infrastruktur pedalaman Baram
  • Utara
  • WILAYAH

Projek HDA perkasa infrastruktur pedalaman Baram

Utusan Sarawak 2 days ago
LAWATAN…Datuk Gerawat Gala bersama rombongan mengadakan lawatan pemantauan projek naiktaraf jalan balak dan loji air bersih di kawasan Pa Mada, Pa Dalih Batu Patong dan Ramudu di kawasan Ulu Baram.

BARAM: Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek) Datuk Gerawat Gala, hari ini mengadakan lawatan pemantauan ke beberapa tapak projek pembangunan di kawasan pedalaman Baram.

Lawatan tersebut yang disertai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, membabitkan projek di bawah seliaan Highlands Development Agency (HDA) yang terletak di Pa Mada, Pa Dallih, Ramudu dan Batu Patong.

Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, menzahirkan penghargaan kepada pihak RECODA dan HDA atas komitmen berterusan mereka dalam memastikan pembangunan infrastruktur di kawasan pedalaman Sarawak terus diperkasakan demi kesejahteraan rakyat.

“Lawatan ini bukan sahaja memberi peluang kepada kita untuk meninjau kemajuan fizikal projek yang sedang berjalan, malah ia juga membuka ruang kepada semua pihak berkepentingan untuk menilai keberkesanan pelaksanaannya serta memastikan perancangan berjalan lancar dan mengikut jadual,” katanya.

DATUK Gerawat Gala bersama Datuk Dr Abdul Rahman Junadi bergambar kenangan semasa lawatan pemantauan projek di Ulu Baram.

Menurut beliau, projek menaik taraf jalan balak dan pembinaan loji rawatan air bersih amat penting bagi membawa perubahan positif kepada masyarakat luar bandar.

“Jalan yang baik bukan sekadar memudahkan pergerakan dan urusan harian penduduk, malah ia turut membuka peluang ekonomi serta mempercepatkan akses kepada pendidikan dan perkhidmatan asas lain,” ujarnya.

Beliau turut menekankan keperluan pembinaan loji air bersih sebagai satu hak asas rakyat yang tidak boleh dikompromi.

“Bekalan air bersih yang selamat dan berterusan adalah hak setiap rakyat. Kita berbangga apabila usaha ini semakin hampir menjadi kenyataan bagi penduduk di kawasan ini,” tambahnya.

Gerawat turut menyuarakan keyakinannya bahawa dengan adanya kerjasama erat antara agensi kerajaan, kontraktor, pemimpin komuniti dan rakyat setempat, projek-projek berkenaan akan dapat disiapkan dengan jayanya serta memberi impak besar dalam jangka masa panjang.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Arena Sukan Bau dijangka siap sepenuhnya Disember ini
Next: 100 rumah mampu milik bakal dibina di Kidurong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.