Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Abdullah Saidol: Sumbangan RM831,000 kepada 20 JKKK Kampung dan rumah panjang
  • Tengah
  • WILAYAH

Abdullah Saidol: Sumbangan RM831,000 kepada 20 JKKK Kampung dan rumah panjang

Utusan Sarawak 2 days ago
UNTUK ALBUM….Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol bergambar bersama ketua masyarakat Pulau Bruit selepas selesai mesyuarat dengan Majlis KMKK Pulau Bruit di Dewan Masyarakat Kampung Tekajong. 

PULAU BRUIT: Sebanyak RM831,000 Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah disalurkan kepada 20 penerima yang terdiri daripada 14 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah panjang, dua jawatankuasa masjid/surau, dua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta dua tabika.

Penyaluran tersebut dilakukan dalam lawatan kerja dua hari Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol ke kawasan ini.

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, RM778,000 merupakan peruntukan kepada 10 JKKK kampung untuk melaksanakan projek kecil membaik pulih dan menaik taraf kemudahan awam seperti jalan kampung, jeti dan tandas awam.

“Peruntukan selebihnya disalurkan bagi perlaksanaan beberapa aktiviti kemasyarakatan dan pembelian perkakas kemudahan rumah panjang,” katanya. 

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop turut mengadakan perjumpaan dengan pemimpin rumah panjang serta bermesyuarat bersama kepimpinan Majlis Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Pulau Bruit.

Beliau sekali lagi mengingatkan ketua masyarakat dan kepimpinan JKKK untuk mengurus peruntukan dan tabung kewangan JKKK dengan penuh berhemah serta memastikan perlaksanaan setiap projek mengikut spesifikasi yang telah dipohon.

Ketika dihubungi untuk mengulas mengenai status pembangunan luar bandar di Sarawak secara umumnya, Datuk Abdullah Saidol menegaskan bahawa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, komited melaksanakan pelbagai projek infrastruktur bagi meningkatkan keselesaan rakyat.

“Komitmen dan kesungguhan kerajaan GPS di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menaik taraf keselesaan masyarakat luar bandar melalui perancangan dan perlaksanaan banyak projek infrastruktur kemudahan asas bukanlah retorik politik ‘tong kosong’. 

“Sebanyak RM6.8 bilion atau 62 peratus daripada RM10.9 bilion perbelanjaan pembangunan Sarawak 2025 difokuskan ke kawasan luar bandar. 

“Antara pembangunan yang berimpak tinggi terutama untuk kawasan pesisir Sarawak ialah pembinaan 10 jambatan utama berimpak tinggi yang menelan belanja RM3.81 bilion menggunakan dana kerajaan Sarawak sendiri,” katanya ketika dihubungi media, hari ini. 

“Kritikan sumbang yang mengatakan bahawa pendapatan tinggi yang diperolehi kerajaan Sarawak kurang dirasai atau tidak memberi manfaat kepada warga Sarawak adalah pandangan dari mereka berpengetahuan cetek tentang Sarawak,” tegasnya.

Tambah beliau, kebijaksanaan kepimpinan negeri dalam menambah pendapatan kerajaan turut disusuli dengan agenda pembangunan infrastruktur yang rancak, terutama di kawasan luar bandar.

“Antara skim bantuan kebajikan rakyat yang dilaksanakan ialah pendidikan percuma serta Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) berjumlah RM450 juta khas untuk membantu rakyat Sarawak memenuhi keperluan asas seperti bahan makanan dan sebagainya secara tanpa tunai menerusi Sarawak Pay,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek gantian penuh SMK Lake Bau capai 63.45 peratus kemajuan
Next: Projek perumahan sakit di Bintulu selesai selepas 7 tahun tertangguh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.