Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TFA 2025: Usaha berterusan TEGAS dan pitchIN sokong usahawan muda
  • TEMPATAN

TFA 2025: Usaha berterusan TEGAS dan pitchIN sokong usahawan muda

Utusan Sarawak 2 days ago
Pengerusi TEGAS, Datuk Len Talif Salleh.

KUCHING:  Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dengan kerjasama platform pendanaan ekuiti ramai terkemuka negara, pitchIN, kembali menganjurkan Program Pemecut Pengumpulan Dana TEGAS (TFA) untuk edisi keempat tahun ini.

Program intensif selama empat hari yang akan berlangsung di Kampung Digital TEGAS, Taman Teknologi Tinggi Sama Jaya bermula 8 hingga 11 September itu bertujuan melengkapkan pengasas syarikat tempatan dengan pengetahuan, strategi dan kemahiran untuk bersedia mendapatkan pembiayaan serta mengembangkan perniagaan.

Pengerusi TEGAS yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, usaha ini menjadi platform penting melahirkan generasi baharu usahawan berimpak tinggi di Sarawak.

“Kami bertekad membentuk usahawan yang bukan sahaja bersedia dari segi latihan dan pengetahuan, malah mempunyai akses terus kepada rangkaian pelabur serta pengalaman dunia sebenar dalam pengumpulan dana.

“Dengan itu, permulaan perniagaan Sarawak dapat berkembang dan meletakkan jenama mereka di pentas global,” katanya.

Menurut beliau, setelah memasuki tahun keempat, program itu diyakini mampu menjadi batu loncatan kepada syarikat tempatan untuk menajamkan strategi pembiayaan selain membina hubungan bermakna dengan pelabur dan pemain industri.

Program ini akan dikendalikan oleh barisan pakar pitchIN termasuk Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas Bersama, Sam Shafie, Naib Presiden Komersial dan Produk, Nicholas Chong serta Ketua Pendanaan Ekuiti Ramai, Lai Kai Bin dengan sokongan penasihat undang-undang, pelaburan dan pertumbuhan.

Sam ketika ditemui berkata, pengumpulan dana bukan sekadar menyampaikan pembentangan, sebaliknya melibatkan persiapan, strategi dan jaringan hubungan yang tepat.

“Pemecut ini direka untuk membantu pengasas syarikat memahami keseluruhan proses agar mereka lebih yakin tampil sebagai peluang pelaburan yang menarik,” ujarnya.

Permohonan kini dibuka kepada pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pihak pengurusan kanan syarikat berdaftar di Malaysia yang beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan serta mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengasas bersama dari Sarawak.

Setiap syarikat perlu mengemukakan profil syarikat untuk melayakkan diri. Slot penyertaan adalah terhad bagi memastikan bimbingan lebih fokus.

Maklumat lanjut dan permohonan boleh dibuat melalui pautan https://bit.ly/25TFA.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bidang penterjemahan jadi jambatan perhubungan tamadun – Premier Sarawak
Next: Chong urges state to prioritise expansion of Kuching International Airport

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.